Bhumibol Adulyadej
From Wikipedia
Bhumibol Adulyadej, Raja Rama IX (lahir 1927-, raja Thailand (1946-), dilahirkan di. Cambridge, Massachusets di Amerika Syarikat. Salah satu daripada anggota Dinasti Chakri, beliau disekolahkan di Switzerland bersama abangnya, Ananda Mahidol, yang meninggal pada tahun 1946 akibat punca yang tidak diketahui. Bhumibol memerintah dengan seorang wakil raja hingga tahun 1950, dimana beliau ditabalkan sebagai Raja Rama IX. Bhumibol merupakan raja yang paling lama memerintah dalam sejarah Thailand dan pada tahun 2000, di seluruh dunia. Bhumibol amat disukai rakyat jelatanya walaupun kuasa memerintahnya hanyalah dari segi adat-istiadat. Bhumibol sering menggalakkan projek-projek bersifat penumbuhan dan telah menjadi tokoh kestabilan yang penting di tengah-tengah situasi politik Thailand yang bergolak. Beliau telah pada beberapa ketika campur tangan dalam urusan kerajaan untuk menyelesaikan krisis yang dilalui pemerintah atau untuk menegur kesalahan kerajaannya.