Bendera Indonesia
From Wikipedia
Bendera Indonesia terdiri daripada dua jalur mendatar yang seimbang, warna merah di atas dan putih di bawah. Warna merah-putih ini berasal daripada panji-panji Kerajaan Majapahit. Bendera yang digelar Sang Saka Merah Putih ini pertama kali digunakan oleh pelajar-pelajar dan pendukung nasionalisme pada awal abad ke-20 semasa Indonesia berada di bawah pemerintahan Belanda. Setelah berakhirnya Perang Dunia II, pejuang-pejuang kemerdekaan mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 dan pada masa itu juga bendera Sang Saka Merah Putih dikibarkan secara rasmi.
Bendera ini mirip dengan bendera Monaco dan Solothum yang mempunyai warna yang sama tetapi dengan nisbah yang berbeza. Ia juga mirip dengan bendera Poland tetapi dengan kedudukan warna yang terbalik.