Bahasa Tagalog
From Wikipedia
Bahasa Tagalog | ||
---|---|---|
Dituturkan di: | Filipina | |
Kawasan: | Tengah & selatan Luzon | |
Bil. penutur: | Bahasa pertama: 22 juta Bahasa kedua: lebih dari 65 juta |
|
Kedudukan: | 58 | |
Keluarga bahasa: | Austronesia Melayu-Polinesia Borneo-Filipina Filipina Tengah Bahasa Tagalog |
|
Status rasmi | ||
Bahasa rasmi: | Filipina (seperti Filipino) | |
Dikawal oleh: | Komisyon sa Wikang Filipino (Suruhanjaya pada bahasa Filipino) |
|
Kod bahasa | ||
ISO 639-1: | tl | |
ISO 639-2: | tgl | |
ISO/FDIS 639-3: | tgl — [[]] | |
Nota: Halaman ini mungkin mengandungi simbol-simbol fonetik IPA dalam Unikod. Sila lihat carta IPA untuk nada sebutan berdasarkan bahasa Inggeris. |
Tagalog adalah salah satu bahasa terpenting di Republik Filipina. Ia tergolong dalam kumpulan bahasa Austronesia dan mempunyai hubungan dengan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu.
[Sunting] Sejarah
Perkataan Tagalog berasal dari perkataan tagá-ílog, dari tagá- yang bermakna "penduduk asal" dan ílog yang bermakna "sungai", atau "penduduk asal di tepi sungai". Sejarah bahasa Tagalog tidak begitu diketahui sebelum datangnya pedagang Sepanyol kerana ia tidak memiliki tradisi penulisan. Namun, pakar bahasa telah membuat kesimpulan bahawa leluhur bangsa Tagalog berasal dari bahagian timur laut Mindanao atau bahagian timur Visayas.
Buku pertama yang ditulis dalam bahasa Tagalog adalah Doctrina Cristiana (Doktrin Kristian) yang ditulis pada 1593 dalam bahasa Sepanyol dan dua versi bahasa Tagalog; satu dengan tulisan Baybayin dan kedua, dengan tulisan rumi.
Sewaktu penjajahan Sepanyol, paderi-paderinya telah menghasilkan beberapa buah kamus dan buku tatabahasa Tagalog seperti Vocabulario de Lengua Tagala (1613), Vocabulario de la lengua tagala (1835) dan Arte de la lengua tagala y manual tagalog para la adminstración de los Santos Sacramentos (1850).
Penyair Tagalog, Francisco "Balagtas" Baltazar (1788-1862) sering disamakan dengan pujangga terkenal Inggeris, William Shakespeare. Karyanya yang terkenal adalah Florante at Laura yang ditulis awal kurun ke-19.
[Sunting] Pengkelasan
Tagalog adalah sebuah bahasa Filipina Tengah dan tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia.
Ia mempunyai hubungan rapat dengan bahasa yang ditutur di kawasan Bicol dan Visayas.
Bahasa-bahasa yang telah membuat sumbangan penting dalam pembangunan perbendaharaan kata bahasa Tagalog termasuk bahasa Sepanyol, Inggeris, Hokkien, Melayu, Arab (menerusi bahasa Melayu) dan bahasa-bahasa tempatan yang lain.
[Sunting] Persamaan bahasa Tagalog dengan Melayu
Tagalog | Makna | Melayu | |
---|---|---|---|
masakit | sakit | ||
basa | basah | ||
malambot | lembut | ||
malagkit | melekit | ||
kanan | kanan | ||
tulong | tolong | ||
tanghalì | tengah hari | ||
dalamhatì | pilu | dalam + hati | |
luwalhatì | keagungan | luar + hati | |
saráp | sedap |