Ampang
From Wikipedia
Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9-11 kilometer sahaja.
Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan Kampung Baru Ampang, Pekan Ampang, Kampung Melayu Ampang, Bandar Baru Ampang, Taman Dagang, Taman Dato' Ahmad Razali dan Ampang Jaya. Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil; Ampang Indah, Ampang Mewah, Ampang Permai, Ampang Jaya dan Lembah Jaya. Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut: Taman Dagang, Taman Cahaya, Taman Cempaka, Taman Bukit Indah, Taman Kesuma, Pandan Jaya dan Pandan Indah. Di samping itu beberapa kondominium mewah juga terdapat di sekitar kawasan Ampang:
- Tara Condominium
- East Side One Ampang Avenue
- Condo Villa Aman
- Villa Ampang
Ampang juga mempunyai sebuah hutan simpan yang lebih dikenali sebagai "Hutan Simpan Bukit Belacan".
[Sunting] Sejarah
Ampang pada satu ketika dahulu merupakan kawasan perlombongan yang terpenting di Selangor. Kerja pencarian bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan petempatan baru. Ampang yang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.
Selepas itu, mulalah aktiviti pertanian kecil, di mana sayur-sayuran ditanam dan binatang ternakan mula kelihatan di kiri kanan jalan di sekitar Ampang. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke sini menjadikan Ampang semakin berkembang dengan pertambahan kawasan perumahan dan pusat perniagaan.
[Sunting] Senarai kompleks membeli-belah
- Ampang Point
- Plaza Ampang
- MidPoint
- Paragon
- Pandan Kapital
- Spectrum Mall Ampang
- Galaxy Ampang
[Sunting] Pautan luar
|
|
---|---|
Daerah-Daerah: Kuala Selangor | Petaling | Sepang | Klang | Gombak | Kuala Langat | Hulu Langat | Sabak Bernam | Hulu Selangor |