Al Jazeera English
From Wikipedia
Al Jazeera English | |
Mula Siaran | 15 November 2006 |
---|---|
Tamat Siaran | - |
Jenis Saluran | Berita, Hal Ehwal Semasa |
Waktu Siaran | 24 Jam |
Syarikat Induk | Al Jazeera Satellite Network |
Slogan | Setting the News Agenda |
Negara | Qatar |
Ibu Pejabat | Doha |
Pusat Penyiaran | Doha, Kuala Lumpur, London, Washington, D.C. |
Pengarah Urusan | Nigel Parson |
Ketua Editor | Ahmad al-Sheikh |
Laman Sawang | http://english.aljazeera.net |
Al Jazeera English merupakan saluran berita dan hal ehwal semasa 24 jam yang berpangkalan di Doha, Qatar. Selain Doha, Al Jazeera English bersiaran secara langsung melalui tiga pusat penyiaran beritanya di Kuala Lumpur, London dan Washington. Ia adalah saluran berita berbahasa Inggeris pertama di dunia yang berpangkalan di Timur Tengah. Al Jazeera English secara rasmi memulakan siaran tepat pada pukul 8 malam waktu Malaysia bersamaan 15 November 2006 kepada lebih 80 juta isi rumah seluruh dunia, sekali ganda lebih daripada jangkaan awal mereka.
Al Jazeera English menjanjikan liputan terbaik menerusi gabungan suara serantau melalui pendekatan global tanpa pandangan negara-negara Barat untuk lebih 1 bilion penutur bahasa Inggeris. Ia juga merupakan rangkaian televisyen definisi tinggi yang pertama di dunia. Al Jazeera English kini merupakan antara tiga saluran berita 24 jam berbahasa Inggeris terbesar di dunia selepas BBC World dan CNN International.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Program
Rancangan dan program yang disiarkan disaluran Al Jazeera English terdiri daripada program faktual seperti laporan dan analisis berita & isu semasa, temuramah & debat langsung, rencana, laporan niaga, cuaca, berita sukan dan hiburan. Berikut adalah senarai beberapa program yang disiarkan oleh Al Jazeera English.
|
|
[Sunting] Personaliti Berita
Tenaga kerja hadapan tabir Al Jazeera English terdiri daripada para pemberita dan wartawan yang berpengalaman. Al Jazeera English juga telah berjaya memikat banyak nama-nama besar dan tersohor dalam bidang penyiaran berita seperti Riz Khan, David Frost, Rageh Omaar dan Teymoor Nabili. Berikut adalah senarai tenaga kerja hadapan tabir Al Jazeera English.
|
|
[Sunting] Jabatan berita
Al Jazeera English mempunyai 21 jabatan sokongan berita di serata dunia bagi menyedia, mengumpul dan melapor laporan & analisis berita kepada empat pusat penyiaran beritanya di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington. Selain itu ia turut berkongi sumber dan tenaga manusia dengan 42 jabatan sokongan berita Al Jazeera dan bercadang untuk mengembangkan lagi jabatan sokongan beritanya di masa hadapan.
[Sunting] Afrika
Lokasi Jabatan Sokongan Berita: Kaherah, Abidjan, Nairobi, Johannesburg dan Harare.
Wartawan: Amr El Kahky, Gabi Menezes, Haru Mutasa, Kalay Maistry dan Farai Sevenzo.
[Sunting] Amerika
Pusat Penyiaran: Washington, D.C..
Penyampai Berita: Dave Marash, Kimberly Halkett dan Ghida Fakhry.
Wartawan: Viviana Hurtado dan Rob Reynolds.
Lokasi Jabatan Sokongan Berita: Buenos Aires, Caracas dan New York.
Wartawan: Lucia Newman, Mariana Sanchez, Mark Seddon dan Kristen Saloomey.
[Sunting] Asia & Australasia
Pusat Penyiaran: Kuala Lumpur.
Penyampai Berita: Veronica Pedrosa, Teymoor Nabili, Divya Gopalan dan Hamish MacDonald.
Wartawan: Tony Birtley dan David Hawkins.
Lokasi Jabatan Sokongan Berita: Beijing, Delhi, Islamabad, Jakarta, Manila dan Sydney.
Wartawan: Tony Cheng, Zain Awan, Rajesh Sundaram, Kamal Hyder, Marga Ortigas dan Dan Nolan.
[Sunting] Eropah
Pusat Penyiaran: London.
Penyampai Berita: Felicity Barr, Nick Clark, Stephen Cole dan Barbara Serra.
Wartwawan: Alan Fisher.
Lokasi Jabatan Sokongan Berita: Athens dan Moscow.
Wartawan: Barnaby Phillips dan Jonah Hull.
[Sunting] Timur Tengah
Pusat Penyiaran: Doha.
Penyampai Berita: Sami Zeidan, Shiulie Ghosh, Kamahl Santamaria dan Darren Jordon.
Wartawan: Hoda Abdel-Hamid, Hashem Ahelbarra, James Bays, John Cookson dan Mike Hanna.
Lokasi Jabatan Sokongan Berita: Beirut, Baitulmuqaddis, Ramallah dan Gaza.
Wartawan: Zeina Khodr, Rula Amin, Jacky Rowland dan Walid Batrawi.
[Sunting] Petikan
Berikut adalah beberapa petikan menarik dari saluran Al Jazeera English.
- "Lakukan perkara yang betul, untuk tujuan yang benar. Dan itulah yang saya lihat Al Jazeera lakukan." - Josh Rushing, 2006, Al Jazeera English.
- "Saya dengar lebih banyak mengenai kebenaran, dan mendapat kebenaran dalam cerita saya, bandingkan dengan mengawal maklumat, seperti yang saya lakukan semasa menjadi jurucakap. - Josh Rushing, 2006, Al Jazeera English.
- "Kita akan melihat disemua kawasan yang diabaikan oleh media barat." - Dave Marash, 2006, Al Jazeera English.
- "Sekiranya ia (berita) wajar, ianya akan keudara, mahupun ia Bush ataupun Bin Laden." - Barbara Serra, 2006, Al Jazeera English.