Aichi B7A
From Wikipedia
Aichi B7A Ryusei (bahasa Jepun: 愛知 B7A 流星, "Tahi bintang - Shooting Star") adalah pengebom junam dan pengebom torpedo besar dan berkuasa yang dihasilkan oleh Aichi Kokuki KK untuk Imperial Japanese Navy. Kod nama pihak berikat baginya adalah Grace, penerbangan pertamanya adalah pada 1941, tetapi masalah dengan penghantaran enjin bermakna ia tidak dapat dihasilkan dalam jumlah besar sehingga ianya terlalu lewat untuk memberi kesan kepada kesudahan peperangan. Tidak terdapat kapal induk untuknya berlepas dan hanya 114 pesawat yang dihasilkan.
Walaupun B7A membawa beban senjata sama seperti pesawat sebelumnya, ia menunjukkan prestasi dan pengendalian seperti pejuang, mengalahkan Mitsubishi Zero yang berkhidmat masa itu. Sekiranya ia dihasilkan dalam jumlah yang besar, ia mampu menjadi saingan yang hangat kepada pejuang tentera laut Amerika Syarikat.
Janakuasanya adalah 1,825 kuasa kuda (1,360 kW) Nakajima NK9C Homare 12 18-silinder enjin radial, dan kapal terbang itu mempunyai ciri sayap 'bengkok' - sayap burung camar terbalik yang menyerupai Junkers Ju 87 Jerman - untuk memberikan ruang bagi kipas tanpa memerlukan kaki bawah yang panjang.
[Sunting] Lihat juga
- Kapal terbang pengebom Jepun 1940-1949
- Kapal terbang pengebom Jepun Perang Dunia II
- Kapal terbang bagi kapal induk
- Daftar kategori kapal terbang
Kandungan berkait | |
---|---|
Perkembangan Berkait | |
Kapal terbang seumpamanya | |
Siri rasmi | B1M - B2M - B3Y - B4Y - B5N - B5M - B6N - B7A |
Daftar berkait | Daftar kapal terbang ketenteraan Jepun |