9 November
From Wikipedia
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
November | ||||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | ||
2006 |
9 November merupakan hari ke-313 (hari ke-314 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 52 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Muhammad Iqbal di Pakistan
- Hari Pencipta di Jerman, Austria dan Switzerland
- Schicksalstag di Jerman.
[Sunting] Peristiwa
- 1799 - Kejayaan 18 Brumaire diketuai oleh Emmanuel Joseph Sieyès (gambar) dan Napoléon Bonaparte menggulingkan kerajaan Perancis lalu digantikan dengan Dewan Revolusi Perancis bersama Konsulat.
- 1872 - Kebakaran Besar Boston 1872 memusnahkan lebih 700 buah bangunan di Boston, Massachusetts.
- 1918 - Maharaja Jerman William II turun takhta, Putera Maximilian dari Baden meletakkan jawatan sebagai Canselor, dan Philipp Scheidemann mengisytiharkan Republik Weimar.
- 1953 - Kemboja memperoleh kemerdekaan daripada Perancis dan menjadi sebuah negara monarki berperlembagaan di bawah Raja Norodom Sihanouk.
- 1989 - Tembok Berlin runtuh, menandakan secara simbolik akan tamatnya Perang Dingin dan runtuhnya Pakatan Warsaw, serta bermulanya pengakhiran komunisme Soviet.