25 Oktober
From Wikipedia
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Oktober | ||||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2006 |
25 Oktober merupakan hari ke-298 (hari ke-299 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 67 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Republik di Kazakhstan
- Hari Penyerahan Kembali Taiwan di Republik China.
[Sunting] Peristiwa
- 1415: Perang Seratus Tahun: Henry V dari England dengan infantri dan pemanah berperisai ringannya menewaskan pasukan berkuda Perancis yang berperisai lengkap dalam Pertempuran Agincourt (gambar).
- 1854: Serangan Briged Ringan: Lord Cardigan membawa pasukan berkudanya kepada kehancuran dalam Pertempuran Balaclava semasa Perang Krimea.
- 1944: Pertempuran Teluk Leyte mengesahkan kekalahan Tentera Laut Empayar Jepun dalam kancah Pasifik Perang Dunia II.
- 1971: Republik Rakyat China menggantikan Republik China sebagai wakil China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- 1983: Operasi Urgent Fury: Amerika Syarikat dan sekutu Caribbean menyerang Grenada, enam hari selepas rampasan kuasa ganas Bernard Coard.