From Wikipedia
Penerbangan pertama oleh Wright bersaudara, 17 Disember 1903.
Dekad 1900-an merupakan tahun-tahun dari 1900 hingga 1909.
[Sunting] Peristiwa dan arah aliran
Mandarin terkejut dalam jubah Manchu di belakang, dengan Ratu Victoria (Empayar British), Wilhelm II (Empayar Jerman), Nicholas II (Empayar Rusia), Marianne (Republik Perancis Ketiga), dan Maharaja Meiji (Empayar Jepun) menikam plat yang tertulis dengan perkataan
Chine ("
China" dalam bahasa Perancis). Lukisan yang penuh humor terhadap Imperialisme Baru dan kesannya kepada China.
- Lawrence Hargrave mencipta reka bentuk sayap yang stabil buat pertama kali untuk kapal terbang yang lebih berat daripada udara
- Orville dan Wilbur Wright membuat penerbangan pertama yang didokumenkan dengan kapal terbang berkuasa yang lebih berat daripada udara
- Pengeluaran kereta secara besar-besaran
- Kepopularan peti nyanyi yang meluas
- Terusan Panama dibina oleh Amerika Syarikat
- Mesin fotokopi memulakan era moden untuk pengimejan dokumen.
Pablo Picasso melukis gambar Les Demoiselles d'Avignon yang dianggap oleh sebilangan orang sebagai kelahiran seni lukis moden.
[Sunting] Perang, kedamaian, dan politik
- Imperialisme Baru
- Tuntutan untuk pemerintahan sendiri di Ireland
- Perang Boer Kedua tamat
- Pengisytiharan pengakhiran Perang Filipino-Amerika Syarikat oleh Amerika Syarikat
- Tanah-tanah jajahan British di Persekutan Australia membentukkan Komanwel Australia
- Perang Rusia-Jepun mengasaskan Empayar Jepun sebagai kuasa dunia
- United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Republik Perancis Ketiga memeterai Entente Cordiale
- Pemberontakan Rusia 1905.
[Sunting] Pemimpin Dunia
- Perdana Menteri Madeline Thornton (Hungary-Amerika)
- Perdana Menteri Edmund Barton (Australia)
- Perdana Menteri Alfred Deakin (Australia)
- Perdana Menteri Chris Watson (Australia)
- Perdana Menteri Sir George Reid (Australia)
- Perdana Menteri Andrew Fisher (Australia)
- Maharaja Franz Josef (Austria-Hungary)
- Perdana Menteri Sir Wilfrid Laurier (Kanada)
- Maharaja Wilhelm II (Jerman)
- Raja Victor Emmanuel III (Itali)
- Paus Leo XIII
- Paus Pius X
- Maharaja Nicholas II (Rusia)
- Raja Alfonso XIII (Sepanyol)
- Perdana Menteri Antonio Maura (Sepanyol)
- Ratu Victoria (United Kingdom Great Britain dan Ireland)
- Raja Edward VII (United Kingdom Great Britain dan Ireland)
- Perdana Menteri Robert Arthur Talbot Gascoyne-Cecil, Marquis Salisbury Ketiga (United Kingdom Great Britain dan Ireland)
- Perdana Menteri Arthur James Balfour (United Kingdom Great Britain dan Ireland)
- Perdana Menteri Sir Henry Campbell-Bannerman (United Kingdom Great Britain dan Ireland)
- Presiden William McKinley (Amerika Syarikat)
- Presiden Theodore Roosevelt (Amerika Syarikat)
- Shah Persia (Dinasti Qajar)
- Mozzafar-al-Din Shah, 1896-1907
- Mohammad Ali Shah, 1907-1909
- Ahmad Shah Qajar, 1909-1925