10 Oktober
From Wikipedia
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Oktober | ||||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
29 | 30 | 31 | ||||
2006 |
10 Oktober merupakan hari ke-283 (hari ke-284 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 82 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kebangsaan di Fiji (1970) dan Republik China di Taiwan (1911).
[Sunting] Peristiwa
- 732: Pertempuran Tours: Charles Martel dan orang Frank menewaskan tentera Muslim Andalus yang dipimpin Abdul Rahman Al Ghafiqi berhampiran Tours dan Poitiers, menghentikan kemaraan Islam dari Semenanjung Iberia.
- 1911: Revolusi Xinhai bermula dengan Pemberontakan Wuchang, menandakan permulaan runtuhnya Dinasti Qing di China.
- 1973: Naib Presiden Amerika Syarikat Spiro Agnew (gambar) meletakkan jawatan selepas didakwa mengelak cukai.
- 1979 - Permainan arked Pac-Man dipasarkan pertama kali di Jepun oleh Namco.
- 1987: Selepas dua rampasan kuasa di Fiji oleh Sitiveni Rabuka, kerajaan tentera membatalkan perlembagaan dan mengisytiharkan Fiji sebagai republik.