Universiti Teknologi Malaysia
From Wikipedia
Universiti Teknologi Malaysia | |
Moto | Kerana Tuhan Untuk Manusia |
Ditubuhkan | Mac 1972 |
Canselor | Sultanah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad |
Naib-Canselor | Prof Ir. Dr. Mohd. Zulkifli b. Tan Sri Mohd. Ghazali |
Lokasi | Skudai, Johor manakala kampus kedua di Kuala Lumpur |
Pelajar | Antara 25,000 - 30,000 pelajar |
Laman web | http://www.utm.my |
Universiti Teknologi Malaysia atau dengan singkatan UTM merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.
Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.
[Sunting] Akademik
Fakulti dan pusat pengajian yang terdapat di UTM:
- Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
- Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
- Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
- Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli (FKKSA)
- Fakulti Sains (FS)
- Fakulti Pendidikan (FP)
- Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM)
- Fakulti Alam Bina (FAB)
- Fakulti Kejuteraan dan Sains Geoinformasi (FKSG)
- Fakulti Pegurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM)
- Pusat Pangajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)
- Program Pengajian Diploma (PPD)
Kemudahan:
[Sunting] Pautan Luar
Universiti-universiti di Malaysia |
Universiti Kebangsaan Malaysia • Universiti Malaya • Universiti Malaysia Sabah • Universiti Malaysia Sarawak • Universiti Putra Malaysia • Universiti Sains Malaysia • Universiti Teknologi Malaysia • Universiti Pendidikan Sultan Idris • Universiti Utara Malaysia • Universiti Teknologi MARA • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia • Universiti Darul Iman Malaysia |