Wikipedia:Terjemahan
From Wikipedia
Wikipedia merupakan satu projek pelbagai bahasa; jadi, rencana tentang sesuatu topik mungkin terdapat dalam banyak bahasa. Setiap satunya berada di wiki bahasa tersebut, dan dihubungkan dengan pautan antara bahasa (interwiki).
Adalah menjadi kebiasaan untuk Wikipedia kecil menterjemahkan rencana-rencana dari Wikipedia besar. Namun rencana tersebut tidaklah perlu merupakan terjemahan tepat rencana asal. Yang penting adalah rencana tersebut mengikut polisi dan stail Wikipedia ini. Lihat m:Translation of the week jika anda berminat.
Menterjemahkan keseluruhan rencana bukanlah suatu kerja yang mudah. Tatabahasa dan gaya karangan setiap bahasa mungkin berbeza. Anda mungkin mahu membaca terjemahan anda sekali lagi setelah siap menterjemahkan rencana tersebut! Dan jangan lupa letakkan pautan antara bahasa.
Jika anda berhasrat meletakkan rencana bahasa asing ke dalam Wikipedia ini, sila letakkan templat {{terjemahan}} di atas rencana tersebut supaya mudah dikenal pasti. Templat tersebut akan kelihatan seperti ini:
|
|
Sila ingat bahawa rencana yang tidak diterjemahkan boleh dihapuskan selepas beberapa lama. Jadi pastikan anda betul-betul hendak menterjemahkan rencana tersebut sebelum meletakkan kandungan bahasa asing dalam Wikipedia bahasa Melayu.
Jika anda berhasrat membantu menterjemahkan rencana sedia ada, senarai rencana tersebut boleh didapati di kategori di bawah ini.
[Sunting] Beberapa istilah yang kerap muncul
Berikut adalah beberapa istilah yang biasa ditemui di Wikipedia asing dan terjemahan yang dianjurkan dalam Bahasa Melayu.
[Sunting] Wikipedia Inggeris
- Administrator — Penyelia
- Disambiguation — Nyahkekaburan
- External links — Pautan luar
- See also — Lihat juga
- Stub — Rintisan/Rencana pendek
- Village Pump — Kedai Kopi
[Sunting] Wikipedia Indonesia
- Bandara — Lapangan terbang
- Bisa — Boleh
- Negara bagian — Negeri
- Pangeran — Putera
- Pemilu — Pilihan raya
- Pranala luar — Pautan luar
- Satuan — Unit