Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Sumbawa - Wikipedia

Sumbawa

From Wikipedia

frames
Jalan Utama di Bima, Pulau Sumbawa
Besarkan
Jalan Utama di Bima, Pulau Sumbawa
Rumah tradisional di Perkampungan Bima Ntori
Besarkan
Rumah tradisional di Perkampungan Bima Ntori

Sumbawa adalah salah satu pulau di Indonesia yang terletaknya di tengah-tengah Kepulauan Sunda Kecil, dengan Lombok di barat, Flores di timur, dan Sumba lebih jauh di tenggara. Ia terletak di provinsi Nusa Tenggara Barat. Bandar-bandar utamanya adalah Sumbawa Besar, Dompu dan Raba.

Keluasan Sumbawa 15,448 km² (tiga kali lebih besar daripada Lombok) dengan jumlah penduduk sebanyak lebih kurang satu juta setengah. Sumbawa menandakan sempadan antara pulau-pulau di barat yang dipengaruhi oleh agama dan budaya dari India, dengan kawasan timur yang tidak dipengaruhi.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Empat kerajaan kecil di Sumbawa barat merupakan wilayah tanggungan Empayar Majapahit dari Jawa timur. Disebabkan sumber semula jadinya, pulau itu sering diserang oleh kuasa-kuasa luar — Jepun, Belanda, Makassar. Belanda tiba buat pertama kali pada tahun 1605, tetapi tidak memerintah pulau ini dengan berkesan sehingga awal abad ke-20. Maharaja Bali dari Gelgel pernah juga memerintah Sumbawa barat buat satu tempoh yang singkat.

[Sunting] Demografi

Islam diperkenalkan melalui orang Makassar dari Sulawesi.

Secara sejarah, Sumbawa mempunyai dua kelompok linguistik utama yang bertutur dalam bahasa yang saling tidak dapat difahami. Satu kelompok yang duduk di bahagian barat pulau ini bertutur dalam Bahasa Semawa yang agak serupa dengan bahasa Sasak dari Lombok; kelompok yang lain di timur bertutur dalam Bahasa Bima. Kemaharajaan-kemaharajaan yang terletak di Sumbawa Besar dan Bima merupakan dua tempat tumpuan Sumbawa pada masa silang. Pembahagian pulau ini kepada dua bahagian masih dikekalkan pada hari ini; Sumbawa Besar dan Bima merupakan dua buah bandar terbesar di pulau ini dan adalah pusat-pusat kumpulan kebudayaan berbeza yang berkongsi pulau ini.

[Sunting] Gunung berapi

Sumbawa adalah pulau gunung berapi di antara Java dan Sumatera yang terletak di dalam Lingkaran Gunung Berapi Pasifik. Gunung Tambora (8°14’41”S, 117°59’35”T) yang terletak di pulau ini meletup pada tahun 1815 dan merupakan peletupan yang paling teruk di sejarah moden, iaitu lebih teruk daripada Krakatoa. Peletupan itu membunuh sebanyak 71,000 orang dan memusnahkan sebuah kemaharajaan kecil yang terdiri daripada keturunan Asia Tenggara yang dikenali oleh ahli-ahli arkeologi sebagai "Kemaharajaan Tambora". Peletupan itu membebaskan 100 kilometer padu abu ke atmosfera atas (tujuh kali lebih banyak daripada peletupan Krakatoa) dan mengakibatkan tahun 1816 menjadi "Tahun Tanpa Musim Panas". [1]

[Sunting] Permainan luncur air:

Sumbawa dikenali untuk permainan luncur air dan banyak pemain luncur air dari seluruh dunia datang ke sini untuk bermain di tempat-tempat seperti Terumbu Scar, Super Sucks dan Puncak Lakey. Banyak pemain luncur air yang terkenal seperti Kelly Slater pernah bermain di sini. "Team Pipe", kumpulan profesional Ireland, datang ke Puncak Lakey untuk mempersembahkan kemahiran mereka pada Ogos 2005.

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com