Siput
From Wikipedia
Siput | |
Pengelasan sains | |
Alam | Haiwan |
Filum | Mollusca |
Subfilum | [[]] |
Divisi | [[]] |
Kelas | Gastropoda |
Order | Stylommatophora |
Famili | Achatinidae |
Genus | Achatina |
Spesies | Achatina fulica |
Nama binomial | |
''''' | |
{{{Ksubspesies}}} | |
Subkelas: Eogastropoda Orthogastropoda |
Siput merupakan haiwan jenis moluska, kelas Gastropoda yang mempunyai cengkerang yang berputar. Siput tidak bertulang belakang. Siput mempunyai kulit cengkerang yang keras. Haiwan gastropoda lain yang tidak mempunyai cengkerang dikenali sebagai slug. Siput terdapat di air tawar,air masin, dan di daratan.
Siput bergerak seperti cacing dengan bertukar pengecutan badan bergilir dengan menjangkau, pada kelajuan perlahan. Siput sering dijadikan perbandingan dengan sesuatu yang perlahan seperti "Perlahan seperti siput".
Siput menghasilkan lendir untuk membantu pergerakan dengan mengurangkan geseran. Lendir juga mengelakkan siput dari cedera dan membantu menjauhi serangga merbahaya seperti semut.Pada musim sejuk, sesetengah siput di negara sejuk bertapa-rehat di dalam cengkerang mereka dengan menutup bukaan cengkerang dengan kerangka nipus seperti piring yang dibina khusus untuk tujuan ini. Kerangka nipus ini akan dimusnahkan pada musim bunga.
Siput dimakan dibeberapa negara Eropah, di mana siput dianggap hidangan istimewa. Siput untuk makanan biasanya dikenali dengan nama Perancis "escargot."
Siput terbaik untuk dijadikan makanan adalah dari spesies Helix pomatia. Siput taman perang (siput perang Erpoah- "European brown snail") juga dikenali sebagai, Helix aspersa. Kedua-dua spesies tergolong dalam Genus Helix.
Siput terdapat dalam pelbagai saiz. Siput darat terbesar adalah siput Gergasi Afrika (Achatina fulica), yang bersaiz sehingga 30 cm. Pomacea maculata (Ampullariidae), atau siput Epal Gergasi merupakan siput air tawar terbesar, dengan saiz bergaris pusat sehingga 15 cm dan seberat 600 gram. Siput yang terbesar adalah Syrinx aruanus, siput air masin yang terdapat di Australia. Cengkerang yang sebesar 1 meter pernah dilapurkan.