Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Wikipedia:Rencana stub sempurna - Wikipedia

Wikipedia:Rencana stub sempurna

From Wikipedia

Rencana stub merupakan itik-itik hodoh (bahasa Inggeris: "the ugly ducklings"]] dalam kolam Wikipedia. Ramai orang mengejeknya, dan membuat komen buruk mengenai maklumat berkualiti rendah ini. Akan tetapi, stub juga boleh dikatakan seperti sebiji benih yang akan tumbuh dan berkembang dan akhirnya menjadi sebuah kandungan yang mantap dan lengkap. Setiap rencana di dalam Wikipedia pada permulaannya merupakan sebuah "stub" -- walaupun laman Negara diambil dari Wikipedia Inggeris adalah "stub" yang membentuk asas bagi penyunting yang biasa dengan tempat itu untuk menambahkan maklumat yang lebih lengkap dan mendalam.

Sesetengah penyumbang lama menganggap stub mengganggu disebabkan ia menghalang tanda yang terdapat pada rencana kosong. Akan tetapi, walaupun banyak penghinaan yang dilimpahkan kepada stub, banyak stub yang telah berubah menjadi lebih baik.

Apabila mencipta atau menyunting rencana "stub", penting untuk diingati nilai stub adalah apa stub akan jadi, dan ia mesti terus berkembang jika hendak ia terus dilawati dan disunting. Jangan anggap tambahan dan perkembangan akan berlaku dengan segera dan dengan sendirinya. Cara terbaik untuk menarik perhatian agar orang lain menyumbang adalah dengan menyuntingnya sendiri, walaupun sedikit kerana — suntingan anda akan muncul di laman Perubahan Terkini, di mana ramai wikipedian veteran gembira menyumbang, dan bersedia menyumbang di mana mereka diperlukan.

Anda tidak perlu melakukan penyelidikan terperinci untuk mencipta asas yang mana orang lain bersedia untuk menyumbang, tetapi anda perlu bertimbangrasa untuk meletakkan apa yang anda tahu, dan betulkan apa yang anda tahu sebagai kurang tepat (cuba elak mengatakan hasil kerja orang lain sebagai "salah"). Antara tradisi perumpamaan cadangan tentang kebijaksanaan Wiki, terdapat pendapat bahawa rencana tidak harus "sempurna" -- dengan kesalahan satu atau dua ejaan akan menarik pembaca untuk memperbetulkan rencana dan menanam minat untuk menyunting lagi. Ringkasan idea ini adalah tumpukan pada menulis rencana atau menyuntingnya - jangan cuba melakukan keduanya. Di sini terdapat beberapa garispanduan yang dicadangkan:

  1. Letakkan pesanan "Ini adalah stub" dengan meletakkan {{msg:stub}}. (Lihat Wikipedia:Teks penyimpan perenggan untuk maklumat lanjut.)
  2. Maklumkan orang yang biasa bahawa terdapat rencana yang perlu diperbaiki dengan meletakkan pautan kepada Wikipedia:Cari dan baiki stub dalam stub rencana anda. Ramai penyumbang meronda laman Perubahan Terkini, tetapi jika stub anda terkeluar tanpa menarik sebarang sumbangan, amat penting untuk mempunyai tanda yang lebih kekal bahawa lebih kerja diperlukan.
  3. Ikuti standard Bahasa Melayu baku. Tulis dalam ayat penuh yang jelas.
  4. Berikan istilah tepat dan jelas, atau gambarkan topik anda. Elakkan salah anggapan istilah (bahasa Inggeris: "fallacies of definition"). Untuk riwayat hidup dan rencana mengenai bukan konsep (seperti, mengenai negara dan bandar), pentakrifan adalah mustahil, jadi mulakan dengan gambaran jelas, membantu, berinformasi mengenai subjek. Contohnya, sila nyatakan apakah yang menjadikan seseorang popular, di dimana letaknya sesebuah tempat, perkara asas tentang sesebuah kejadian dan bilakah ianya berlaku. Sebuah definisi dan penerangan yang baik akan memberikan dorongan untuk seseorang memberikan sumbangan terhadap artikel tersebut jika diberikan had artikel tersebut yang secara tidak langsung memberitahu pengedit akan perkara yang perlu dilakukan. Contohnya, Salvador Allende merupakan President Chile dari tahun 1970 sehingga 1973 merupakan penerangan yang memuaskan.
  5. Cuba beri lebih daripada hanya maksud, walaupun hanya sedikit. Tidak mengapa jika ia mungkin merangsang kemarahan, asalkan anda cuba mengamalkan (sudut pandangan berkecuali) dan ia agak tepat. Apa yang menarik dan penting tentang topik itu? Jika pendahuluan anda berjaya menarik minat pembaca untuk terus membaca, mungkin ia akan menarik minat seseorang untuk menambah maklumat baru. Hanya satu ayat tambahan boleh menukar definisi yang bagus kepada stub yang berguna. Contohnya, Salvador Allende merupakan President Chile dari tahun 1970 sehingga 1973. CIA mungkin terlibat dalam penggulingan beliau. Dengan pendahuluan seperti itu, anda tidak perlu tahu apa-apa lagi; orang ramai akan berebut-rebut untuk menambah maklumat yang lebih mendalam.
  6. Pastikan bahawa sebarang perkataan berkait yang boleh dikaitkan telah dipautkan. Tetapi anda harus berhati-hati tentang perkataan yang digunakan untuk pautan; sila lihat kelaziman penamaan. Umpamanya, Salvador Allende ialah Presiden Chile dari 1970 hingga 1973. CIA mungkin terlibat dalam rampasan kuasa yang menggulingkannya.
  7. Serahkanlah rencana anda dengan ulasan ringkasan yang akan menarik perhatian pengguna lain terhadap rencana stub anda. Sekurang-kurangnya, gunting-dan-tampal bahan-bahan rencana stub anda dalam kotak ringkasan ketika anda menyimpan rencana anda.
  8. Bertanggungjawablah sedikit tentang rencana stub anda. Terdapat garis yang halus antara membantu dengan menggariskan apa yang perlu dibuat, dan menjengkelkan pengguna lain kerana sendiri tidak membuat apa-apa. Jika tiada pengguna menyumbang kepada rencana stub anda selepas beberapa minggu, gulunglah lengan baju anda dan mengembangkan rencana stub anda sendiri. Pandangkanlah fakta bahawa tiadanya pengguna lain yang menyumbang sebagai bayangan bahawa rencana stub anda mungkin tidak begitu unggul, dan cubalah membuatnya supaya lebih baik.

Adalah mungkin bahawa anda dapat mengikut garis-garis panduan ini tanpa memerlukan anda menulis sebuah karangan. Secara amnya bagi rencana stub sempurna, dua patah ayat adalah mencukupi — asalkan kedua-dua ayat itu adalah ayat yang benar-benar baik. Dan jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang topik itu untuk menulis dua patah ayat yang baik, janganlah menulis rencana stub itu. Masa tambahan dan penumpuan yang diperlukan mungkin lebih baik digunakan untuk perkara lain, berbanding mencipta sebuah rencana statik yang menjadi objek untuk dipersendakan.

Diakui, panduan ini agak tidak berkait kerana walau apapun yang anda lakukan, seseorang akan memperbaika rencana itu untuk anda. Itulah kelebihan wiki! Tetapi jika anda mahu menyumbang sesuatu yang positif, dan anda tidak mampu menulis keseluruhan rencana itu bersendirian, sekurang-kurangnya biarlah sumbangan anda merupakan jemputan jelas untuk turut serta.

Lihat juga Sumbang apa yang anda tahu atau sanggup pelajari".

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com