Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Pulau Tioman - Wikipedia

Pulau Tioman

From Wikipedia

Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan
Besarkan

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau yang terkenal dikalangan peminat sukan menyelam (scuba). Pulau Tioman diberkati dengan keindahan semulajadi terumbu karang dan berbagai ikan.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Lokasi

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam .

  • 70 km dari Mersing, Johor . Mersing ialah jeti yang paling popular di kalangan pelancong.
  • 36 batu nautika dari jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin di Pahang.

[Sunting] Pelancong

Jumlah pelancong sebulan antara 800- 1200 orang pada tahun 1998. Pelancong datang dari Jerman, Perancis, Itali, England, Singapura dan lain-lain negara. Dalam setahun , 10,000 - 50,000 pelancong datang ke pulau ini.

[Sunting] Cara ke sana

  • Jika anda datang berkereta dari Kuala Lumpur ke Mersing , kereta boleh diletakkan di Mersing. Ada beberapa petugas yang bertugas menjaga kereta dengan bayaran RM 5.00 sehari. Keselamatan kereta terjamin.
  • Berjaya Air dari Kuala Lumpur

[Sunting] Asal-usul nama

Menurut dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri ( naga jantan dan naga betina ) meninggalkan Tasik Chini ke Laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh kerana melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Daik iaitu sebuah gunung atau di Pulau Tioman. Susah juga menjadi naga, kerana pantangnya begitu ketat sekali. Nasib baik kita jadi manusia, tak perlu bertukar menjadi pulau atau gunung.

Menurut kajian arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah dekat dengan Kampung Mukut.

Pada bulan Mei 1690, pengembara bernama Dr Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia ( Jakarta ke Thailand ) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang kecantikan Pulau Tioman.

Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terdapat dekat dengan Kampung Juara.

[Sunting] Gunung Kajang

Gunung yang tertinggi ialah Gujung Kajang, iaitu 1038 meter. Ada jalan rentas untuk jungle tracking dari Kampung Juara ke Kampung Tekek.

  • Gunung Nenek Semukut setinggi 690 m . Gunung Nenek Semukut terkenal sebagai gunung granit freestanding yang tertinggi di Malaysia.
  • Keluasan pulau Tioman 14,509 hektar. Ada beberapa air terjun termasuk yang tertinggi, Air Terjun Asah.

[Sunting] Gugusan Pulau

Terdapat 64 buah pulau dalam gugusan Pulau Tioman. Jadi pulau Tioman adalah pulau yang terbesar. Antara pulau-pulau yang berdekatan dengan Pulau Tioman ialah :

  • Pulau Aur
  • Pulau Pemanggil
  • Pulau Dayang
  • Pulau Pinang
  • Pulau Tulai

Jika anda ingin melihat ikan-ikan besar berenang dekat dengan anda , lebih baik ke Pulau Tulai ( dikenali juga Coral Island. ) Tambangnya RM7.00 dari Kampung Air Batang. ( tahun 2001)

[Sunting] Perkampungan

Ada beberapa kampung di Pulau Tioman .Antaranya ialah :

  • Kampung Tekek
  • Juara
  • Air Batang
  • Kampung Salang
  • Kampung Mukut
  • Kampung Genting

Hanya Kampung Juara yang menghadap Laut China Selatan, yang lain menghadap daratan Semenanjung Malaysia.

[Sunting] Penduduk Pulau Tioman

Pada tahun 1987 , terdapat 1564 orang penduduk. Bilangan rumah di sini ialah 285 buah. Antara 1989 hingga 1990, penduduk Pulau Tioman seramai 1500 orang. Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling ramai , sekitar 600 orang. Rumah mereka dibina di tepi-tepi pantai kerana hanya bahagian pantai sahaja merupakan kawasan datar. Rumah menghadap laut dan menerima hembusan bayu dari laut.

Penduduk pulau Tioman sangat ramah. Walaupun saya seorang Melayu dari Pasir Salak , Perak, tetapi keramahan mereka lebih terasa. Betullah apa yang dikatakan oleh ramai pelancong yang datang ke sini. Pelancong asing dan tempatan turut merasakannya. Mereka menyapa pelancong yang lalu lalang.

Seorang pelancong Jerman menyatakan , telah banyak pulau-pulau di seluruh dunia telah dikunjunginya, tetapi Pulau Tioman adalah pulau tercantik dan menarik.

Penduduk di Pulau Tioman jarang pergi ke tanah daratan. Ini mungkin kerana tambang agak mahal untuk selalu-selalu ke Mersing. Seorang perempuan di ABC menyatakan, dia hanya 3 bulan sekali pergi ke Mersing. Tambang untuk penduduk tempatan sebenarnya lebih murah.

Bahasa penduduk Tioman ialah bahasa Melayu pulau . Mereka cenderung kepada dialek Kelantan vs bahara Darat. Ramai juga yang telah menguasai bahasa Inggeris kerana bahasa ini amat diperlukan oleh para pelancong asing. Menu di restoran -restoran dalam Bahasa Inggeris. Begitu banyak restoran atau gerai di Pulau Tioman dan kebanyakan dibuka pada sebelah petang dan malam.

Akibat daripada ramainya pelancong yang datang, budaya anak-anak tempatan sedikit sebanyak turut berubah. Ada pemuda yang menukar nama jadi Michael atau Joseph. Ada 2-3 pemuda yang berkahwin dengan wanita Inggeris dan kemudian berhijrah ke Eropah. Ini menunjukkan berlaku kejutan budaya yang mendadak di Pulau Tioman.

Pelancong yang hendak datang ke sini , bolehlah menginap di hotel atau di chalet. antaranya ialah Tioman Island Resort.

[Sunting] Kemudahan yang ada

Kemudahan yang ada di Pulau Tioman , antaranya :

  • Balai Penghulu
  • Balai Polis
  • Pejabat Kastam
  • Jabatan Laut
  • Jabatan Imigresen
  • Kedain-kedai runcit dan kedai cenderamata
  • Jabatan Penerbangan Awam
  • Restoran dan gerai-gerai makan
  • Lapangan terbang kecil

1964, sebuah lapangan terbang telah dibina di Kampung Tekek. 1976 Hotel Merlin telah dibina. Ada 50 pengusaha calet yang berharga murah dan sederhana.

Seorang daripadanya ialah Encik Nazri. Nazri telah membina Nazri House di Kampung Air Batang ( ABC ) . Calet ini nampaknya cukup cantik..

Dalam tahun 2001 , kami telah menginap di South Pasific Chalet di Kampung Air Batang atau lebih dikenali sebagai ABC. Chalet ini telah dibina oleh Majidi bin Abdul Aziz dengan sewa RM25.00 sahaja.

[Sunting] Bekalan air tawar

Pulau Tioman berhadapan dengan masalah bekalan air tawar. Tioman tidak mempunyai sungai, kawasan tadahan, tasik atau mata air bawah tanah. Hujan musim tengkujuh antara Oktober dan Januari setiap tahun dianggap satu rahmat bagi penduduk di situ kerana air yang meresap ke dalam tanah boleh disedut keluar dan disimpan di dalam tangki.

Apa erti membangunkan kawasan bebas cukai yang diisytiharkan sejak Sept 2002 di pulau itu sedangkan 3,200 penghuni tetap di Kampung Salang, Air Batang, Tekek, Genting, Mukut, Lanting, Nipah dan Juara masih menghadapi masalah air.Pembinaan pejabat, tapak perniagaan dan gerai makan akan menjadi satu pembaziran jika kemudahan asas bekalan air tidak cukup.

[Sunting] Bekalan elektrik

  • Tenaga Nasional Bhd ,Tenaga Nasional Berhad, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1224
  • TNB Distributions Sdn Bhd,Kampung Juara, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 3101

[Sunting] Perkhidmatan kesihatan

  • Klinik Desa, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-415 1101
  • Worldcare Health (M) Sdn Bhd,Klinik Desa, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-415 1101


[Sunting] Sistem pengangkutan

Di Pulau Tioman tidak ada jalan raya kecuali 3 kilometer di Kampung Tekek berrdekatan dengan Berjaya Tioman Resort. Kenderaan utama ialah motosikal dan basikal sahaja. Itupun terhad. Penduduk menggunakan bot sahaja untuk bekerja dan untuk ke mana-mana. Di Kampung Tekek mungkin ada sebuah dua van yang dipunyai oleh Berjaya Resort Tiada kemudahan telefon di sini mahupun surat khabar..


Pengangkutan utama ialah feri dan bot. Feri yang menyediakan perkhidmatan ialah :

  • bot Seri Mersing
  • Kong Kong Ferry Service Sdn Bhd
  • Feri Zaharah.
  • Feri Rawa Bird
  • Feri Amber

Tambang bot laju ialah RM35.00 . Feri iaitu bot nelayan yang diubahsuai atau hoverkraf pula tambangnya RM25.00 pada tahun 2001. Perjalanan dengan bot laju selama satu jam sahaja. Sementara perjalanan dengan feri selama 4 jam.

[Sunting] Kapal terbang

  • Berjaya Air Sdn Bhd,Hotel Pulau Tioman, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1302
  • Malaysia Airports Bhd,Lapangan Terbang Tekek Tower B, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1505
  • Headquarters Integrated Air Defence System,Lapangan Terbang Tekek Tower B, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1409
  • Heitech Padu Sdn Bhd ,Jabatan Laut, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1408
  • Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd,Jabatan Laut, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1017

[Sunting] Pendidikan

Sekolah di sini ialah Sekolah Kebangsaan Kampung Tekek yang dibina pada tahun 1926. Tahun 1970-an Sekolah Kebangsaan Kampung Juara dan Sekolah Kebangsaan Kampung Mukut pula telah dibina. Kemudian sekolah ini telah ditutup pada tahun 1982 kerana kekurangan murid dan kemudahan.

  • Sekolah Kebangsaan Tekek, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1998

[Sunting] Musim Tengkujuh

Musim tengkujuh merupakan musim senyap. Ombak tinggi di Laut China Selatan. Tiada aktiviti pelancongan pada bulan-bulan ini.. Iaitu bulan Disember, Januari dan Februari. Ombak setinggi 5 meter dan boleh menggelamkan bot. Ada tidak akan selamat selamat mandi ketika ombak bergelora dan menghempas pantai.

[Sunting] Masa Depan

Kerajaan Pusat bercadang hendak menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai mulai Ogos 2002 melalui Lembaga Pembangunan Tioman. Seluruh Pulau Tioman adalah tanah rezab Melayu. Seluruh penduduk Tioman adalah orang Melayu. Jika ekonomi Pulau Tioman hendak berkembang lebih pesat, cadangan kerajaan ini patut digalakkan. Barangkali kerajaan akan bertindak bijak bagi memastikan orang Melayu khususnya di Pulau Tioman menikmati faedah setelah pulau ini dijadikan pulau bebas cukai.

Beberapa projek jutaan ringgit akan dilaksanakan seperti :

  • Menaik taraf jeti di Kampung Tekek dan Kampung Mukut
  • Sistem pelupusan sampah
  • Sistem kumbahan di seluruh Tioman
  • Penempatan semula penduduk.
  • Sstem bekalan air ke Kampung Tekek, Salang dan Genting - RM5 juta

[Sunting] Khidmat menyelam

  • B & J Diving Centre Sdn Bhd,No. 105, Kampung Salang, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 5554
  • Dive Asia,Kampung Salang, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 5017
  • Fisherman Dive Centre,No. 105, Kampung Salang, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 5014
  • Sealantis Dive Centre Sdn Bhd,Kampung Paya, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 7107
  • Tioman Reef Divers ,Tioman Rees Divers, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1341

[Sunting] Chalet/Resort/hotel

  • Babura Seaview,Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1351
  • Berjaya Tioman Beach Resort,Hotel Pulau Tioman, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1000
  • Espire Holidays Sdn Bhd,Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1213
  • Exotic Restaurants & Resort Sdn Bhd,Japamala Resorts, Kg. Lanting, 87000 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 6002
  • Juara Beach,No. 375, Kampung Juara, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 3188
  • Liberal World Sdn Bhd,No. 607, Kampung Genting, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 7077
  • Lurah Impian Sdn Bhd,No. 91, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1649
  • Panuba Harmoni Sdn Bhd,No. 350, Kampung Air Batang, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1424
  • Paya Beach Resort Sdn Bhd,Kampung Paya, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 7103
  • Salang Beach Resort,112A, Kampung Salang, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 5022
  • Salang Sayang Resort (M) Sdn Bhd,No. 690, Kampung Salang, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 5019
  • Tioman Island Resort Bhd,Hotel Pulau Tioman, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1000
  • Tioman Paya Resort Sdn Bhd,Kampung Paya, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 7084
  • Tropical Coral Inn Sdn Bhd,No. 51, Kampung Genting, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 7041

[Sunting] Perniagaan

  • Agate Duty Free Sdn Bhd,Lapangan Terbang Tekek, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1322
  • Amirol Bakti Enterprise,No. 456, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1840
  • Gadang Engineering (M) Sdn Bhd,Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1027
  • Gold Lan Duty Free Shop Sdn Bhd,No. 516, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1890
  • Gold Land Express,No. 516, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1667
  • Ow Construction Sdn Bhd,No. 450, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1381
  • Persona Management & Service,Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1029
  • Restoran Citra Anugerah Ala Thai,PTR9/05, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-415 1107
  • Selasih Ekslusif Sdn Bhd,No. 516, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1775
  • Sikari Besar,50A, Kampung Genting, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 7039
  • Syarikat Seri Nor (Tioman) Sdn Bhd,No. 120, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1960
  • Vision Commerce Sdn Bhd,No. 90, Kampung Tekek, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-419 1737
  • Salang Dream Restaurant,Kampung Salang, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Tel : 09-4195040

[Sunting] Rujukan

  • Nilai Budaya Masyarakat Desa : Kajian Etnografi Di Kampung Tekek, Tioman. Dewan Bahasa dan Pustaka, Jilid 2, 1998.
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com