Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Penyanyi - Wikipedia

Penyanyi

From Wikipedia

Ercole de' Roberti: Konsert, k.k. 1490
Besarkan
Ercole de' Roberti: Konsert, k.k. 1490
LeAnn Rimes bernyanyi dalam konsert
Besarkan
LeAnn Rimes bernyanyi dalam konsert

Penyanyi ialah sejenis ahli muzik yang menggunakan suaranya untuk menghasilkan muzik. Biasanya, bernyanyi hanya merujuk kepada melodi suara sahaja, walaupun vokalis ialah istilah yang serupa tetapi merangkumi juga bunyi-bunyi bukan melodi, termasuk sesiapa yang menggunakan suaranya sebagai sebahagian gubahan muzik. Oleh itu, percakapan, Death grunt, dan rapping tergolong dalam istilah "vokalis".

Penyanyi utama ialah seorang yang menyanyikan vokal utama dalam lagu, berbanding penyanyi iringan yang menyanyikan vokal sokongan dalam lagu itu. Satu kekecualian ialah musik akapela gospel lima bahagian. Dalam muzik ini, penyanyi utama menyanyikan descant dengan suara yang tertinggi antara lima suara, tetapi tidak menyanyikan melodi yang merupakan mana-mana satu daripada empat bahagian yang lain.

Dalam muzik klasik dan opera Eropah, suara diolahkan dengan cara yang sama dengan alat muzik. Pengubah-pengubah menulis muzik untuk alat-alat muzik dengan memahami sifat-sifat vokal penyanyinya. Penyanyi-penyanyi membina kerjaya mereka dengan mengkhususkan dalam gaya-gaya muzik yang tertentu.


[Sunting] Pengelasan

Untuk membantu kedua-dua golongan pengubah dan penyanyi, banyak sistem pengelasan suara telah dikembangkan. Betapa kuat atau laju seorang penyanyi bernyanyi diambil kira, manakala sebilangan sisem merangkumi sifat-sifat bukan muzik seperti wajah penyanyi, betapa cekap penyanyinya berlakon (amat penting dalam opera), atau betapa lucu penyanyinya. Di Jerman, panggung-panggung opera menggunakan satu kaedah pengisihan yang rumit yang digelarkan sistem fach yang mempertimbangkan kesemua unsur ini.

Pengelasan penyanyi mengikut nada suara dan jantina merupakan kaedah yang paling biasa. Walaupun menggunakan garis panduan ini, masih terdapat banyak kategori. Sebilangan pengelasan yang biasa adalah seperti berikut:

  • Suara wanita:
    • soprano, suara wanita yang tertinggi
    • mezzo-soprano, suara tengah wanita
    • kontralto, suara wanita terendah, juga digelarkan "muzik korus"
  • Suara lelaki:
    • trebel/soprano lelaki, suara lelaki yang tertinggi (tidak pecah)
    • alto laki-laki, suara pecah lelaki yang tertinggi (falseto)
    • tenor, suara pecah lelaki yang tertinggi (bukan falseto)
    • bariton, suara tengah lelaki
    • bes, suara lelaki yang terendah.

Masih terdapat banyak gelaran yang lain, termasuk soubret, tenor cemerlang, bariton bes, koloratura, baritenor dan basso buffo. Terdapat juga kategori-kategori untuk lelaki yang berupaya bernyanyi dalam nada suara wanita. Jenis suara ini adalah jarang, tetapi masih digunakan dalam opera. Dalam muzik Barok, banyak peranan telah ditulis untuk kastrato, iaitu penyanyi lelaki yang dikembiri ketika masih budak untuk mencegahkan perubahan suara mereka. Dengan latihan pada hari ini, masih terdapat lelaki yang boleh bernyanyi untuk peranan ini. Jenis penyanyi ini dipanggil alto laki-laki untuk peranan alto kastrato, dan sopranis (atau "sopranista") untuk peranan soprano kastrato.

Penyanyi-penyanyi juga boleh dikelaskan menurut gaya muzik yang dinyanyi mereka, seperti penyanyi soul atau vokalis karnatik.

[Sunting] Lihat juga

  • Bernyanyi
  • Bersenandung
  • Penyanyi-pencipta lagu
  • Kategori:Vokalis
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com