Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
NHK - Wikipedia

NHK

From Wikipedia

Logo NHK
Besarkan
Logo NHK

NHK (日本放送協会, Nippon Hōsō Kyōkai), atau Perbadanan Penyiaran Jepun, merupakan sebuah agensi penyiaran awam di Jepun. Radio Tokyo adalah nama tidak rasmi NHK, dan merujuk kepada asal-usulnya sebagai sebuah stesen radio. NHK kini mengendalikan dua perkhidmatan televisyen melalui pancaran dari darat (terrestrial), NHK General TV dan NHK Educational TV, tiga perkhidmatan TV menerusi satelit, NHK BS-1, NHK BS-2 dan NHK Hi-Vision (penyiaran definisi tinggi) dan tiga rangkaian radio, NHK Radio 1, NHK Radio 2 dan NHK FM. Untuk mereka yang berada di luar negara, ia juga menyiarkan perkhidmatan NHK World TV, NHK World(boleh didapati di stesen televisyen berbayarAstro, Malaysia) dan NHK World Radio.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

NHK dimulakan pada 1926, berdasarkan model syarikat radio BBC. Sebuah rangkaian kedua radio dimulakan pada 1931 dan siaran gelombang pendek dipancarkan ke luar negara pada 1935.

Pada November 1941, Tentera Diraja Jepun memiliknegarakan semua agensi berita awam dan mengkordinasikan usaha mereka menerusi penubuhan Majlis Perhubungan Maklumat Sulit yang terdiri daripada wakil dari Tentera Darat dan Laut, dan juga dari beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Luar, Kementerian Asia Timur Raya, Kementerian Pengangkutan, Biro Maklumat Kabinet dan agensi media, Domei dan NHK. Selepas ini, segala media cetak dan penyiaran menjadi pengumuman rasmi Ibu Pejabat Tentera Diraja Jepun di Tokyo selama berlangsungnya Perang Dunia II.

NHK memulakan perkhidmatan televisyen pada 1953 dan menyiarkan siaran berwarna yang pertama pada 1960. NHK merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan penyiaran iklan ke televisyen Jepun, tetapi kini syarikat tersebut dibiayai oleh yuran penonton. Penduduk Jepun yang memeliki televisyen diwajibkan membayar yuran USD 12 setiap bulan dibawah Akta Penyiaran "Hōsō Hō". Namun, akta tersebut tidak menyebut hukuman yang dikenakan jika yuran tidak dilunaskan.

Segala rangkaian NHK berpindah kepada penyiaran digital pada 2000.

[Sunting] Rancangan

NHK General TV menyiarkan berbagai rancangan seperti berikut:

  • Berita. Tempatan, nasional dan dunia.
  • Cuaca. Cuaca secara terperinci, dalam dan luar negeri.
  • Sukan. NHK menyiarkan pertandingan tahunan "Grand Sumo", besbol sekolah menengah, Olimpik, dan bermacam-macam lagi rancangan sukan.
  • Analisa berita. NHK menawarkan rancangan yang memaparkan laporan secara khusus mengenai topik-topik yang terkini, perdebatan politik dan rancangan-rancangan yang serupa.
  • Muzik. Acara tahunan Kohaku Uta-gassen sehari sebelum Tahun Baru merupakan rancangan paling menarik pada hari tersebut. Rancangan setiap minggu termasuk rancangan satu jam untuk pemuzik amateur.
  • Drama. Rancangan pagi sentimental, cerita-cerita yang bertema zaman lama yang dipanggil jidaigeki, dll.
  • Lain-lain. Rancangan memasak, komedi, anime dll.

[Sunting] Stesen televisyen lain di Tokyo

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com