Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Kalium hidroksida - Wikipedia

Kalium hidroksida

From Wikipedia

Kalium hidroksida
Kalium hidroksida
Perkara am
Nama lain Lai potasy
Formula molekul KOH
Jisim molar 56.11 g/mol
Rupa pepejal putih,
lembap cair
Nombor CAS [1310-58-3]
Sifat
Pemantapan dan fasa 2.044 g/sm3, pepejal
Keterlarutan dalam air 1100 g/L (25 °C)
Takat lebur 406 °C
Takat didih 1320 °C
Tekanan wap 1.3hPa (719 ° C)
Kebesan (pKb) 0
Bahaya
MSDS MSDS luaran
Pengelasan EU Bahan kakis (C)
NFPA 704

0
3
1
 
Frasa R R22, R35
Frasa S S1/2, S26, S36/37/39, S45
Takat kilat Tidak mudah bakar
Nombor RTECS TT2100000
Halaman data tambahan
Struktur dan sifat n, εr, dll.
Data termodinamik Kelakuan fasar
Pepeja, cecair, gas
Data spektrum UV, IR, NMR, MS
Sebatian berkait
Anion lain Kalium oksida
Kalium peroksida
Kalium superoksida
Kation lain Lithium hidroksida
Natrium hidroksida
Rubidium hidroksida
Sesium hidroksida
Kecuali sebaliknya dikatakan, semua data diberi untuk bahan-bahan dalam keadaan piawai (pada 25 °C, 100 kPa)
Penafian dan rujukan kotak info

Kalium hidroksida (KOH) ialah sebatian kimia yang merupakan bes logam yang amat beralkali. Sebatian ini kekadang juga dikenali sebagai potasy kaustik, lai potasy, dan kalium hidrat.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Kegunaan

Dalam bidang pertanian, kalium hidroksida digunakan untuk membetulkan pH tanah berasid. Sebatian ini juga boleh digunakan sebagai fungisid atau juga herbisid.

Kalium hidroksida ialah salah satu bahan kimia perindustrian utama yang digunakan sebagai bes dalam berbagai-bagai proses kimia, termasuk:

  • penyalutan kopolimer ester akrilat
  • agen penyahbusaan yang digunakan untuk pengilangan kertas
  • minyak-minyak penyabunan untuk sabun cecair
  • bahan bantu perumusan untuk makanan
  • agen pengawal pH
  • damar-damar polietilena
  • pemprosesan tekstil
  • mangkin untuk tindak-tindak balas seperti pengeluaran biodiesel.

Kegunaan-kegunaan lain termasuk:

  • perubatan veterinar: untuk memusnahkan tanduk-tanduk anak lembu yang baru berkembang, dan untuk melarutkan sisik dan bulu;
  • perubatan manusia: untuk mendiagnosis jangkitan kulat (sila lihat ujian KOH) dan sebagai pelarut untuk ketuat dan kutikel;
  • pengilangan pencuci-pencuci.

Sebatian jenis ini juga digunakan untuk serbuk-serbuk pencuci, sesetengah pembersih gigi palsu, bahan cuci bukan fosfat, serta bahan-bahan pencuci parit atau paip.

Bagi orang biasa, salah satu kegunaan KOH yang amat penting adalah untuk bateri alkali yang menggunakan larutan KOH sebagai elektrolit. Oleh itu, kalium hidroksida membantu membekalkan kuasa untuk lampu suluh, pengesan asap, dan barang-barang kegunaan rumah yang dikuasai oleh bateri. Kalium hidroksida juga merupakan bahan punar tak isotropi untuk silikon (bahan punar ini mendedahkan satah-satah oktahedron). Teknik ini boleh juga mewujudkan piramid dan lubang punaran berbentuk tetap untuk kegunaan seperti MEMS.

[Sunting] Penyediaan makanan

Kegunaan-kegunaan lain potasy dalam makanan termasuk:

  • pencucian atau pengupasan kimia buah-buahan dan sayur-sayuran
  • pemprosesan koko dan coklat
  • pengeluaran warna karamel (gula hangus)
  • pelecuran ayam itik
  • pemprosesan minuman ringan
  • pemekatan aiskrim.

Buah zaitun sering direndam dalam larutan lai untuk melembutkannya, manakala pretzel dan lai gulung Jerman disadur dengan larutan lai sebelum dibakar untuk merapuhkan kulit pastrinya.

Lai digunakan untuk membuat makanan istimewa Skandinavia yang dikenali sebagai lutefisk (daripada perkataan lutfisk yang bermaksud "ikan lai"). Ikan kod direndam dalam larutan lai untuk menjadikannya seolah-olah agar-agar, dan dihidang dengan lemak bakon, ubi kentang, sos brunos, serta kacang pea lembik. Homini ialah isi jagung kering yang dibancuh dalam larutan lai.

[Sunting] Lihat juga

  • Soda kapur

[Sunting] Pautan luar


Untuk daftar pautan luar yang lengkap, sila lihat sumber kimia.
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com