Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Gimnastik artistik - Wikipedia

Gimnastik artistik

From Wikipedia

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastikartistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

  • Pendaratan
  • Statik
  • Gerak edar
  • Putaran
  • Hamburan
  • Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik, ialah:

  • Keuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol.
  • Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melomboldalam satu pergerakan.
  • Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan yang lebih sukar.
  • Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan pergerakan.
  • Keupayaan untuk menguasai kemahiran supayakeindahan pergerakan dapat dihasilkan
  • Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

[Sunting] Aspek Keselamatan

Aspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktiviti gimnastik. Kita mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting pergerakan dan aspek biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat graviti. Kamu juga mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan risiko kecederaan.

  • Gunakan alatan yang sempurna, sesuai dan selamat
  • Lakukan aktiviti memanaskan badan, kelonggaran dan regangan yang secukupnya pada bahagian-bahagian otot dan sendi utama bagi mengelakkan risiko kecederaan
  • Lakukan aktiviti setelah menerima arahan guru dengan jelas
  • Lakukan aktiviti yang sukar dengan bantuan penyokong
  • Lakukan aktiviti di kawasan berumput atau bertilam

[Sunting] Kemahiran

1.Lombol Tegak Lalu

Teknik lakuan lombol tegak lalu

  • Lari dua atau 3 langkah
  • Lonjak dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan. Seterusnya lompat dan angkat pingul dengan meletakkan tangan seluas bahu atas peti lombol. Mata padang ke hadapan.
  • Bawa kedua-dua belah kaki melalui kedua-dua celah tangan. Tolakkan kaki.
  • Luruskan lutut semasa layangan sebelum mendarat. Mata padang ke hadapan.
  • Serap daya ketika mendarat.

Penyokong Berdiri di bahagian kiri pelaku.

  • Tangan kiri memegang bahu pelaku. Kaki dibuka luas untuk sokongan yang baik
  • Penyokong berdiri rapat dan memegang secepat yang boleh
  • Tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri pelaku
  • Tangan kanan kekal memegang pelaku untuk memastikan pelaku tidak tersungkur.

2. Lombol kangkang

Teknik lakuan lombol kangkang

  • Lari dengan hujung kaki ke arah peti lombol dalam kelajuan terkawal. Lonjak dengan kedua-dua belah kaki dengan tangan diluruskan ke arah peti lombol
  • Letakkan tangan pada tempat yang telah difokuskan di atas peti lombol
  • Kangkang seluas yang boleh, lutut diluruskan dan pengelangan kaki difleksibelkan
  • Mata pandang ke hadapan
  • Mendarat dengan dua belah kaki dirapatkan
  • Lutut dibengkokkan sedikit ketika mendarat untuk menyerap daya

3. Hambur Kepala

Teknik lakuan hambur kepala

  • Duduk separa cangkung, gerakkan badan ke hadapan dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan
  • Sebaik sahaja tangan mencecah tilam, letakkan dahi di hadapan tangan.
  • Gerakkan kedua-dua belah kaki lurus dalam lakuan dirian kepala bersudut
  • Gerakkan pinggul terus ke belakang melepasi kepala dan ayunkan kedua-dua belah kaki dengan pantas ke belakang untuk lentikkan badan
  • Kedua-dua tangan membantu menolak badan ke atas dan mendarat dengan kedudukan berdiri. Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.

Penyokong

  • Tangan kiri di bahagian tengah belakang. Tangan kanan memegang bahagian bahu pelaku.
  • Siku rapat dengan badan pelaku.
  • Bantu menaikan badan pelaku.
  • Pastikan tangan kanan membetulkan badan pelaku.
  • Bantu hingga pelaku berdiri
  • Tangan kanan kekal hingga pelaku berdiri betul

Ansur maju aktiviti hambur kepala

  • Dirian kepala statik di atas tilam dan turunkan kaki lurus separas pinggul
  • Dirian kepala di atas tilam, turunkan kaki lurus ke paras pinggul dan hambur dengan bantuan penyokong
  • Duduk separa cangkung melompat dan membuat dirian kepala di atas tilam dan terus hambur dengan bantuan penyokong.
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com