Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Georgetown, Pulau Pinang - Wikipedia

Georgetown, Pulau Pinang

From Wikipedia

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang , Malaysia. Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light, Georgetown adalah bandaraya yang kedua terbesar di Malaysia dengan mempunyai penduduk melebihi 500,000 , zon metropolitan Georgetown yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang, Seberang Prai, selatan Kedah dan utara Perak mempunyai penduduk melebihi 2,000,000 .Georgetown pernah menjadi bandaraya terpenting di Semenanjung Malaysia dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan Kuala Lumpur. Georgetown adalah bandaraya tertua di Malaysia selepas Ratu Elizabeth II memberikan status bandaraya pada 1 Januari 1957.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Geografi

Georgetown terletak di timur laut Pulau Pinang, ia merupakan sebuah tanjung dan dipisahkan dengan Seberang Perai di tanah besar Semenanjung Malaysia oleh Selat Utara. Di bahagian barat Georgetown terdapat kawasan berbukit, di mana terletaknya Bukit Bendera, puncak tertinggi di Pulau Pinang. Di bahagian utara pula terdapat pantai-pantai berpasir seperti Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.

[Sunting] Sejarah

Georgetown dan Pulau Pinang pada asalnya adalah kepunyaan Kedah tetapi diberikan kepada Syarikat Hindia Timur British pada 1786 , setelah Sultan Muhammad Jiwa menandatangani perjanjian yang Syarikat Hindia Timur British akan memberikan perlindungan dari serangan Siam dan Burma. Pada 11 Ogos 1786 Kapten Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Fort Cornwallis. Pembangunan di Georgetown pada asalnya tertumpu di kawasan Fort Cornwallis, selepas itu jalan-jalan mula dibina. Beach Street (Lebuh Pantai), Light Street (Lebuh Light) , Pitt Street (Jalan Masjid Kapitan Kling) dan Chulia Street (Lebuh Chulia) adalah jalan-jalan yang pertama dibina di Georgetown. Jalan-jalan ini membentuk tulang belakang sistem jalanraya yang hendak dibangunkan. Selepas itu Church Street(Lebuh Gereja), Bishop Street (Lebuh Bishop), China Street (Lebuh China) Market Street (Lebuh Pasar), Armenian Street (Lebuh Armenia) dan Acheen Street (Lebuh Acheh) dibina, jalan-jalan ini masih wujud sehingga ke hari ini. Kapten Francis Light mengiystiharkan Georgetown sebagai pelabuhan bebas dalam usahanya untuk bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang dibangunkan di koloni-koloni Belanda. Kapten Francis Light meninggal dunia pada tahun 1794 akibat penyakit malaria dan dikebumikan di perkuburan Protestan , Northam Road (Jalan Sultan Ahmad Shah). Pembukaan Terusan Suez juga menyumbang kepada pembangunan Georgetown. Pembangunan Georgetown telah menarik pelbagai jenis orang dari serata dunia. Selain Melayu, Cina, India dan British terdapat komuniti Acheh, Arab, Armenia, Burma, Eurasia, Filipina, Jerman, Jepun, Switzerland dan Yahudi. Sungguhpun komuniti-komuniti ini kecil tetapi kehadiran mereka dapat dirasai. Banyak nama jalan yang berkait rapat dengan komuniti-komuniti ini seperti Acheen Street, Siam Road, Armenian Street, Burma Road, Rangoon Road, Gottlieb Road, Katz Street dan Jalan Yahudi (Jalan Zainal Abidin) dimana terdapatnya perkuburan Yahudi. Terdapat juga synagogue orang Yahudi di Jalan Nagore, Georgetown (tetapi ditutup pada tahun 1976).

Yahudi

Orang Yahudi yang pertama datang ke Georgetown ialah Ezekiel Menassah yang berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895. Selama 30 tahun Menassah merupakan satu-satunya penganut Yahudi di Pulau Pinang. Selepas Perang Dunia Pertama, ramai orang Yahudi yang berhijrah ke Georgetown. Semasa Perang Dunia Kedua, kebanyakkan orang Yahudi melarikan diri ke Singapura. Mereka yang terus menetap di Georgetown dipaksa memakai lilitan merah dan putih di lengan untuk tujuan pengenalan semasa penaklukan Jepun, tentera Jepun mengesyaki komuniti Yahudi di Georgetown bertindak sebagai pengintip. Pada tahun 1963 terdapat 20 keluarga Yahudi di Georgetown. Hari ini jumlah komuniti Yahudi di Georgetown dianggarkan seramai 100 orang(sumber: The Jewish Virtual Library), kebanyakkanya berketurunan Parsi dan Russia.

Jepun

Komuniti Jepun dipercayai bertapak di Pulau Pinang sejak 1880. Kebanyakkanya adalah kaum wanita, banyak dari wanita-wanita ini terlibat di dalam kegiatan pelacuran. Pada tahun 1910 86% daripada 149 orang wanita Jepun terlibat di dalam kegiatan pelacuran. Mereka dikenali sebagai Karayuki-san, majoritinya berasal dari Kyushu, Jepun. Orang Cina Pulau Pinang memanggil Lebuh Cintra sebagai Jipun Kay (Jalan Jepun) dan Kampung Malabar sebagai Jipun Sin Lo (Jalan Jepun Baru). (sumber: The Star April 22,2002)

Filipina

Komuniti Filipina di Georgetown tertumpu di kawasan-kawasan Roman Katolik seperti Penang Road (Jalan Penang), Argyll Road (Jalan Argyll), Farquhar Street (Lebuh Farquhar) dan di sekitar Gereja Assumption, Jalan Transfer. Orang-orang Filipina di Georgetown kebanyakkanya mempunya skil bermain muzik.

Eurasia

Pada tahun 2000 terdapat hampir 1500 orang Eurasia atau dikenali sebagai Serani di Pulau Pinang , majoritinya di Georgetown. Georgetown dipercayai mempunyai komuniti Eurasia yang terbesar di Malaysia , bancian yang dijalankan pada tahun 2000 menunjukkan hampir 13% golongan Eurasia di Malaysia menetap di Pulau Pinang, majoritinya di sekitar Georgetown. Hampir 90% golongan Eurasia ini beragama Kristian , hampir 4% Islam , 3% lain-lain dan selebihnya beragama Budha atau Hindu. Di Pulau Tikus, Georgetown terdapat Kampung Serani.

[Sunting] Gambaran satelit Google

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Pautan luar


 
Pulau Pinang
Bendera Pulau Pinang

Daerah-Daerah: Daerah Timur Laut | Daerah Barat Daya | Seberang Perai Tengah | Seberang Perai Selatan | Seberang Perai Utara

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com