Air Hitam Dalam
From Wikipedia
Air Hitam Dalam meliputi kawasan paya darat seluas kira-kira 11 hektar serta bersempadan dua buah sungai iaitu Sungai Kereh dan Sungai Air Hitam. Hutan Pelajaran ini di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Perjalanan dari bandar Butterworth mengambil masa lebih kurang 25 minit, melalui pekan Sungai Dua dan Kampung Sungai Air Hitam Dalam.
Kawasan ini mengandungi spesis flora paya darat seperti Putat, Ara, Jangkang, Nipah dan sebagainya.
Selain dari ini, spesis fauna paya darat seperti Memerang, Monyet, Biawak dan pelbagai spesis burung juga akan dapat diperhatikan dalam kawasan ini. Tidak ketinggalan, jika bernasib baik boleh melihat spesis buaya yang kadang-kadang timbul di sungai berhampiran.
Untuk memudahkan para pengunjung menikmati alam sambil membuat pemerhatian terhadap spesis-spesis flora dan fauna di sini, pelantar pejalan kaki, pondok-pondok rehat, jambatan gantung, pelantar pemandangan, tandas dan dangau disediakan.
Para pengunjung akan pasti mempelajari sedikit sebanyak mengenai hutan paya darat dan sekaligus akan menimbulkan rasa sayang terhadap alam semulajadi secara amnya setelah melawat Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Hutan pelajaran ini sesuai dijadikan tempat pemerhatian dan rujukan untuk flora dan fauna hutan paya darat.