From Wikipedia
8 Julai merupakan hari ke-189 (hari ke-190 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 176 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1497 - Vasco da Gama memulakan pelayaran terus Eropah yang pertama ke India.
- 1709 - Perang Utara Agung: Di Poltava, Ukraine, Peter I dari Rusia menewaskan Charles XII dari Sweden dalam Perang Poltava dan secara berkesan, menamatkan peranan Sweden sebagai kuasa utama di Eropah.
- 1776 - Loceng Pembebasan (gambar) dibunyikan untuk memanggil warganegara Philadelphia, Pennsylvania untuk pembacaan Pengisytiharaan Kemerdekaan oleh Kongres Kontinental.
- 1889 - Terbitan pertama Jurnal Wall Street dikeluarkan.
- 1947 - Akhbar di Roswell, New Mexico melaporkan penangkapan sebuah piring terbang oleh tentera Amerika Syarikat.
- 1958 - Charles Ovnand and Dale R. Buis menjadi anggota MAAG pertama terbunuh semasa bertugas di Vietnam. Mereka terbunuh di Bien Hoa.