Wikipedia:Rencana gotong-royong
From Wikipedia
|
Rencana gotong-royong merupakan rencana yang dikenalpasti untuk bantuan penyuntingan bersama para pengguna Wikipedia untuk memperkasakan ia menjadi sebuah rencana piawai, iaitu rencana yang lengkap, tepat dan padat. Pemilihan kerjasama ini berlangsung di Wikipedia:Calon rencana gotong-royong dan perletakan dijalankan pada setiap permulaan bulan baru bagi rencana yang berjaya. Pemilihan berlansung secara bulanan.
Rencana-rencana yang telah dicalonkan bagi bulan-bulan yang lepas diarkibkan di laman rencana ini.
[Sunting] Petikan rencana terkini
Rencana kerjasama terkini ialah:
- Zaman Keemasan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah kuno, Greece, Persia dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).Satu lagi pembaharuan ialah kertas - asalnya rahsia yang dijaga ketat orang Cina. Seni pembuatan kertas diperolehi daripada dua tawanan di Pertempuran Talas (751), hingga kilang kertas dapat dibina di Samarkand dan Baghdad. Orang Arab memperbaiki teknik orang Cina dengan menggunakan kain linen berbanding kulit pokok mulberi.Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Mekah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat pertukaran idea dan barangan. Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan. Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim ~ 37 juta, sebahagian besarnya orang Uyghur Turkic yang tanahnya dirampas China), India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.
[Sunting] Senarai rencana yang pernah terpilih
[Sunting] Agama dan Kepercayaan
[Sunting] Bahasa
[Sunting] Biologi dan Perubatan
[Sunting] Budaya dan Masyarakat
[Sunting] Ekonomi
[Sunting] Falsafah
[Sunting] Fizik dan Astronomi
[Sunting] Geografi
[Sunting] Kimia
[Sunting] Makanan dan Minuman
[Sunting] Matematik
[Sunting] Media
[Sunting] Muzik dan Filem
[Sunting] Seni dan Hiburan
[Sunting] Pendidikan
[Sunting] Pengangkutan
[Sunting] Permainan dan Sukan
[Sunting] Politik dan Kerajaan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu