Pengguna:Khairul Khalid
From Wikipedia
[Sunting] Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Khairul Khalid, berasal dari Perak, Malaysia. Saya bergiat dalam ensiklopedia ini kerana rencana dalam Wikipedia (terutama ensiklopedia Inggeris) telah banyak menambah pengetahuan am saya. Misalnya siapa sangka, 90% rakyat Filipina berbangsa Melayu. Selain itu, dengan menterjemah daripada Wikipedia Inggeris ke Melayu telah membantu saya untuk menambah kosa kata dan mengingat semula perkataan Melayu yang telah saya lupa.
Kepada pengguna/masyarakat Wikipedia Melayu, teruskanlah berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Saya berharap semoga ensiklopedia ini dapat memanfaatkan semua orang dan usaha kita ini diberkati-Nya.
[Sunting] Pesanan
Sebarang pesanan sila masukkan ke dalam Perbualan. Terima kasih.
[Sunting] Berita Terkini
Saya akan cuti berehat selama beberapa bulan. Saya tak pasti bila saya akan kembali ke Wikipedia ini, namun saya akan cuba untuk bergiat aktif semula. wassalam Khairul Khalid 18:43, 25 Jul 2004 (UTC)