Terkini |
- Kim Hyung-chil, seorang atlit dari Korea Selatan terkorban sewaktu acara equestrian dalam Sukan Asia XV.
- Sukan Asia XV (gambar maskot) dibuka secara rasmi dan penuh gilang-gemilang seperti pembukaan Sukan Olimpik di gelanggang Stadium Khalifa di Doha, Qatar ini dengan 45 negara mengambil bahagian dalam temasya ini.
- Parti Sosialis mendapat kenaikan undi dalam pilihanraya Belanda, manakala Jan Peter Balkenende dari Parti Kristian Demokrat mengekalkan pluraliti dalam Tweede Kamer.
- Bekas agen Russia Alexander Litvinenko mati di hospital di London disyaki akibat keracunan polonium.
- Pemberontak Maoist di Nepal menandatangani perjanjian keamanan dengan kerajaan, secara rasmi menamatkan perang saudara sepuluh tahun.
- Satu konsortium antarabangsa menandatangani perjanjian untuk melancarkan secara rasmi ITER, satu projek untuk membangunkan satu reaktor nuklear perlakuran secara eksperimen.
|
Peristiwa lepas |
November 2006
Oktober 2006
- Helikopter Pakistan memusnahkan sebuah madrasah di Bajaur, Pakistan yang dikatakan digunakan anggota al-Qaeda. (Utusan Malaysia)
- Unsur kimia bernombor atom 118, untuk sementara diberikan nama Ununoctium, telah disintesis di Dubna, Russia.
- Majlis Keselamatan PBB mengambil ketetapan Resolusi 1718, mengenakan sekatan terhadap Korea Utara sebagai tindakbalas kepada ujian senjata nuklearnya.
- Perhimpunan Agung PBB melantik Belgium, Indonesia, Itali dan Afrika Selatan ke Majlis Keselamatan PBB untuk tempoh dua tahun. Satu lagi tempat akan diisi oleh Venezuela atau Guatemala.
- Vladimir Kramnik mengalahkan Veselin Topalov untuk menjadi juara catur dunia terulung dalam masa 13 tahun.
- Menteri Luar Korea Selatan, Ban Ki-moon disahkan sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bermula 2007.
- Amerika Syarikat dikejutkan lagi dengan rempuhan bangunan sebagaimana 9/11 pada 11 Oktober.
- Korea Utara berjaya menjalankan ujian senjata nuklear pertamanya dengan mengadakan satu letupan bawah tanah yang disifatkannya sebagai “lonjakan besar ke hadapan dalam bidang pertahanan.”
- Enam orang Palestin dari sayap bersenjata kumpulan Hamas telah terbunub dalam serangan mendadak Israel yang masuk ke Jalur Gaza, kata pegawai Palestin. (BBC)
- Beribu-ribu orang telah menghadiri majlis-majlis massa di India yang mana beratus-ratus kasta terendah Hindu (Dalits) telah bertukar agama ke Buddhisme dan Kristian. (BBC)
- Pemimpin Cuba yang uzur, Fidel Castro dipercayai menghidap penyakit kanser yang boleh membawa maut dan dijangka tidak akan kembali berkuasa.
- Lesotho memperkenalkan bendera yang baru untuk negaranya yang di dalam bendera itu memuatkan topi tradisional Basotho.
- Presiden Zambia, Levy Mwanawasa dilantik menjadi presiden sekali lagi untuk musim kedua.
- Andrew Fire, Craig C. Mello telah memenangi Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan bagi usaha mereka mengenai interferens RNA. John C. Mather dan George F. Smoot pula memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik. Manakala, Roger D. Kornberg memenangi Hadiah Nobel dalam Kimia.
- Surayud Chulanont, seorang bekas jeneral tentera dilantik menjadi Perdana Menteri sementara Thailand selepas peristiwa rampasan kuasa pada bulan September lalu. Kemudian bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra mengumumkan perletakan jawatan sebagai ketua parti Thai Rak Thai.
September 2006
- Taufan Xangsane yang melanda Filipina dan Vietnam mengorbankan sekurang-kurangnya 103 orang di Filipina dan 16 di Vietnam.
- Paderi besar Zambia, Emmanuel Milingo disingkirkan daripada Gereja Roman Katolik apabila dia mentahbiskan 4 lelaki berkahwin sebagai paderi.
- Shinzō Abe, presiden Parti Demokratik Liberal, menggantikan Junichiro Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
- Ali Abdullah Saleh dipilih untuk menjadi Presiden Yaman dengan undi 77.2%, pantas menerima tuduhan berhubung penipuan terhadap pengundian daripada Faisal bin Shamlan.
- Yahya Jammeh dilantik semula untuk satu penggal sebagai Presiden Gambia ketiga.
- Toomas Hendrik Ilves dilantik sebagai Presiden Estonia yang baru.
- Pencemaran sayur bayam di California mengakibatkan sekurang-kurangnya 166 orang di Amerika Syarikat jatuh sakit, termasuk 27 kes penyakit ginjal.
- Sebuah kereta api Maglev kemalangan sehingga meragut nyawa 23 orang di Emsland, Jerman.
- Jeneral Sonthi Boonyaratglin mengadakan rampasan kuasa di Thailand terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
- Bangkangan anti-kerajaan berlaku di Budapest selepas Perdana Menteri Hungary, Ferenc Gyurcsány mengaku bahawa partinya berbohong supaya menang dalam pilihan raya.
- Paus Benedict XVI meminta maaf berhubung kenyataannya mengenai Islam yang telah mencetuskan bantahan di beberapa bahagian dalam India dan di seluruh dunia Islam.
- Kejadian Pengeboman Haadyai 2006 mengakibatkan 4 orang terbunuh dan lebih 70 orang lagi cedera yang melibatkan warganegara asing di samping warga tempatan.
- Anak kapal kepada kapal angkasa bolak-balik Atlantis, iaitu STS-115, melengkapkan perjalanan kali ketiga dan terakhir untuk menyambung pembinaan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
- Penyandang Perdana Menteri Milo Đukanović dari Parti Demokratik Sosialis memenangi pilihan raya legislatif Montenegro yang pertama.
- Raja Taufa'ahau Tupou IV dari Tonga meninggal dunia pada berusia 88 tahun.
- Michael Schumacher, pelumba kereta Formula Satu yang paling berjaya menyatakan hasrat untuk bersara.
- Tony Blair, Perdana Menteri United Kingdom mengumumkan yang beliau akan meletakkan jawatan Perdana Menteri pada tahun 2007 melalui Persidangan Parti Buruh.
- Puteri Kiko dari Jepun melahirkan seorang anak lelaki yang pertama yang diberi nama Putera Hisahito setelah keluarga diraja Jepun tidak mempunyai anak lelaki hampir 40 tahun dan anak lelaki yang terakhir dilahirkan ialah bapanya Putera Akishino pada 1965.
- Steve Irwin, hos siri dokumentari alam sekitar Australia terkenal, The Crocodile Hunter, meninggal dunia selepas disengat oleh ikan pari semasa pengambaran bawah laut di negeri Queensland.
Ogos 2006
Julai 2006
Jun 2006
- Piala Dunia FIFA 2006 berlangsung dengan jayanya dan negara Itali telah muncul sebagai juara menewaskan Perancis. Kejohanan bola sepak ini menandakan satu detik jarang di mana seluruh umat manusia melupakan perselisihan mereka dan bersatu sebagai satu komuniti dunia.
April 2006
- Gunung Merapi yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia merekodkan aktiviti seismologi yang berlebihan, dan dijangkakan akan meletup, namun tiada letupan besar berlaku.
Oktober 2005
- Pengganas telah mengebom dua kelab malam di pulau Bali di Indonesia, dan mengakibatkan lebih 200 warga Australia terkorban. Kejadian ini telah melumpuhkan ekonomi pulau itu yang bergantung kepada perlancongan.
September 2005
Julai 2005
- Aktiviti keganasan yang dijangka berlaku di United Kingdom atas sebab sokongan tidak berbelah-bahaginya terhadap aktiviti hegemoni Amerika Syarikat akhirnya terjadi apabila sistem pengangkutan awam London telah dibom.
Mac 2005
Disember 2004
|
|