Wakizashi
From Wikipedia
Wakizashi (bahasa Jepun: 脇差) adalah pedang Jepun tradisi dengan mata bilah antara 30 dan 60 sentimeter (antara 12 hingga 24 inci), serupa tetapi lebih pendek berbanding dengan katana yang sering dikenakan bersama-sama. Apabila dikenakan bersama, pasangan pedang ini dikenali sebagai daisho, yang apabila diterjemahkan secara harafiah sebagai "besar dan kecil"; "dai" atau besar untuk katana, dan "sho" untuk wakizashi.
Wakizashi diperbuat dengan bentuk zukuri dan niku yang berbeza, dan biasanya lebih nipis berbanding dengan katana. Ia seringkali mempunyai kurang niku (harafiah. 'daging', ukuran bagaimana bengkok convex mata bilah itu) dan dengan itu memotong sasaran lembuh dengan lebih dashyat berbanding katana.
Wakizashi digunakan sebagai senjata samurai apabila ketiadaan Katana. Apabila memasuki bangunan, samurai akan meninggalkan katananya pada para berhampiran dengan pintu masuk. Bagaimanapun, wakizashi akan sentiasa ada bersama setiap masa, dan dengan itu, ia menjadi senjata sisi bagi samurai, serupa seperti penggunaan pistol bagi tentera. Seseorang samurai akan mengenakannya dari masa dia sedar sehingga masa mereka tidur. Pada waktu silam, terutamanya semasa perang saudara, tanto dikenakan bagi menggantikan wakizashi.
Lihat juga tachi, tsurugi, saya.