Thalassaemia
From Wikipedia
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Thalassaemia adalah penyakit kecacatan darah. Thalassaemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan haemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan haemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Haemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksijen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan haemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Terdapat dua jenis talasemia iaitu:
- Talasemia minor
- Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
- Talasemia major
- Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Talasemia atau dalam bahasa Inggerisnya Thalassaemia merupakan penyakit keturunan sel darah merah "erythrocyte", dikelaskan sebagai hemoglobinopathi: masalah genetik yang mengakibatkan penghasilan molekul hemoglobin tidak normal. Sel darah merah yang lemah dan terdedah kepada kecederaan mekanikal dan mudah mati. Untuk terus hidup, pengidap talasemia memerlukan pemindahan darah secara berkala.
Penyakit talasemia ini biasanya berlaku di kawasan yang mempunyai malaria, kerana ia memberikan sebahagian perlindungan terhadap malaria. Dari segi itu, ia menyerupai penyakit genetik lain, sickle-cell anemia.
Talasemia dikelaskan menurut bagaimana rantaian molekul globin terbentuk: dalam α thalassemia, α globin yang terhasil adalah cacat, sementara dalam β thalassemia β globin yang terhasil adalah cacat.
[Sunting] Persatuan Thalassaemia Malaysia
Projek Persatuan Thalassaemia Malaysia untuk menghubungkan para pesakit thalassaemia, ibu bapa dan penjaga dengan anggota komuniti terpingir (contohnya, komuniti luar bandar). Tujuannya untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang penyakit berkenaan, mewujudkan hubungan dua hala yang berinteraktif dan mewujudkan pengkalan data yang boleh memudahkan kajian dan pembentukan polisi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
Dr. Nor Faridah Abdul Manaf
English Department
Universiti Islam Antarabangsa
53100 Gombak
Selangor Darul Ehsan.
Malaysia
Faks: +60 3 681 4860
emel: nfaridah@iiu.edu.my