Sultan Muhammad Kanzul Alam
From Wikipedia
Sultan Muhammad Kanzul Alam menaiki takhta kerajaan Brunei dari tahun 1807 hingga 1826.
Baginda menjadi wakil Sultan Muhammad Tajuddin memelihara Kerajaan Brunei untuk putera baginda, Sultan Omar Ali Saifuddin II.
Baginda terkenal dengan gelaran 'Pengiran Di-Gadong Ayah'. Pada tahun 1236 Hijrah (1821 masihi), baginda mengeluarkan dan menurunkan wang pitis ke padian.
Baginda mengeratkan hubungan persahabatan dengan Sepanyol di Manila.Pada tahun 1809, Si Merah datang ke Brunei membawa kuyuk (anjing) besar dan garang untuk dilawan oleh orang Brunei dan dapat dikalahkan oleh Pengiran Muhammad Daud. Kerana kejayaannya, diarak menjadi 'Pengiran Pemancha'.
Dia jugalah yang berjaya menangkap harimau hadiah Sultan Terengganu yang terlepas daripada kandangnya.Pada 1823, utusan Kerajaan Belanda datang ke Brunei. Pada zaman baginda, Pengiran Muhammad Salleh diangkat menjadi Pengiran Indera Mahkota dan dititahkan memerintah Sarawak.
Pada 1826, baginda turun takhta.