Sultan Muhammad Jamalul Alam II
From Wikipedia
Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1889-1924) ialah Sultan Brunei dari 12 Mei 1906 hingga kemangkatannya pada 11 September 1924.
Menjelang masa baginda naik takhta ketika hanya berumur 17 tahun, United Kingdom telah menjadikan Brunei sebagai sebuah negeri naungan. Tidak lama kemudian, suatu perebutan kuasa antara baginda, penetap-penetap British, dan golongan bangsawan tercetus. Disebabkan itu, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri daripada dua orang bangsawan ditubuhkan pada tahun 1907 untuk memerintah bagi pihak baginda sehingga tahun 1918. Sultan Muhammad Jamalul Alam I dianugerahkan oleh United Kingdom dengan gelaran Sir pada tahun 1920.
Sebagai sultan, Sultan Muhammad Jamalul Alam II menubuhkan Pasukan Polis Brunei pada tahun 1906. Sejak masa itu, Brunei mempunyai bendera negara sendiri. Pada tahun 1911, sistem pendidikan negaranya dikukuhkan dengan pembinaan sekolah-sekolah Melayu. Kemudian pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Baginda berpindah dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis pada tahun itu. Kerja-kerja cari gali minyak juga giat diusahakan pada zaman baginda.
Didahului oleh: Hashim Jalilul Alam Aqamaddin |
Sultan Brunei 1906–1924 |
Diikuti oleh: Ahmad Tajuddin |