Sultan Husin Kamaluddin
From Wikipedia
Sultan Husin Kamaluddin (tanpa maklumat - 1770) merupakan Sultan Brunei yang memerintah dari 1710 hingga 1730. Dari tahun 1737 hingga 1740, baginda memerintah kembali.
Sultan Husin mashyur dengan kewarakan, adil dan berkeramat. Pada zamannya, negara makmur dan rezeki mudah diperolehi. Baginda pernah mengeluarkan matawang 'pitis'.
Sultan Husin dapat menukar buah ngirih kepada pitabu dan pernah mendapatkan air minum daripada lingkaran rotan yang diletakkan di laut. Dua kali baginda diturun takhta dan oleh sebab Sultan Husin bersemayam di Luba, baginda terkenal dengan nama "Marhum di Luba".