Rukun Islam
From Wikipedia
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah Solat · Puasa Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar Al-Khatab · Saidina Uthman Affan · Saidina Ali Abi Talib |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni Bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Kalendar Hijrah Pemimpin Agama · Khalifah Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-
- bahasa Arab: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة والحج وصوم رمضان'
- Mengucap dua kalimah syahadah dan menerima bahawa Tuhan (Bahasa Arab: Allah) itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w itu rasulNya.
- Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
- Membayar zakat - iaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.
- Berpuasa pada bulan Ramadan.
- Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Rukun Islam
[Sunting] Syahadah
- Rencana utama: Syahadah
[Sunting] Solat
- Rencana utama: Solat
Sembahyang itu wajib pada semua Muslim lima kali sehari. Sembahyang lima waktu ini dikenali sebagai Fardu or sembahyang wajib. Waktu Solat ini telah ditentukan masanya setiap hari:
- Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
- Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
- Solat Asar (Waktu petang)
- Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
- Splat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)
Sebelum sembahyang dapat dilakukan, seorang harus bersih diri. Pembersihan ini dikenali sebagai Wudhu. Ia harus dilakukan kalau seorang telah pergi ke bilik air, kentut, muntah, atau berdarah. Air sembahyang yang penuh (ghusl) diwajibkan selepas hubungan seks, dan disunatkan sebelum sembahyang Jumaat.
Solat harus dilakukan dalam Bahasa Arab, yakni bahasa Quran. Ketika sembahyang, orangnya bersujud dan melutut ke arah Kaabah di Makkah. Sesinya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum," atau salam sejahtera bagimu.
[Sunting] Zakat
- Rencana utama: Zakat
Zakat maksudnya kebersihan dan kebesaran.
[Sunting] Puasa
- Rencana utama: Ibadat puasa
[Sunting] Menunaikan haji
- Rencana utama: Haji
Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
Semasa haji para Muslim mengingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Penyelidik Muslim dan Barat mendapati cara penunaian haji ini berasal dari cara Nabi Muhammad s.a.w. melakukakannya
Semasa haji, umat Muslim tiba di Pelabuhan Jeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah, umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggil Ihram. Kaya atau miskin, hitam atau putih, semuanya berdiri sama rata.
[Sunting] Lihat juga
Selain itu penganut agama Islam juga perlu mematuhi 6 Rukun Iman.