Pilihan Raya Umum Malaysia 1990
From Wikipedia
Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
Pilihan Raya Umum Malaysia 1990 merupakan pilihan raya umum yang ke-8 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang ketiga sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya ini juga merupakan kali buat pertama "UMNO Baru" bertanding dalam pilihan raya umum.
Selepas pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah di bawah parti Semangat 46 (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru.
[Sunting] Keputusan pilihan raya
Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan perpecahan UMNO.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal, iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
[Sunting] Lihat juga
[Sunting] Rujukan
- Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya (PDF) – satu himpunan kerta kertas 62-halaman daripada Institut Penyelidikan Asia Tenggara selepas pilihan raya 1999.