Perang Ahzab
From Wikipedia
Perang Ahzab | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Muslim-Quraisy | |||||||
|
|||||||
Penempur | |||||||
Orang Islam | Quraisy dan sekutunya | ||||||
Komander | |||||||
Nabi Muhammad s.a.w. | Abu Sufyan ibni Harb | ||||||
Kekuatan | |||||||
3,000 | 10,000 |
Perang Ahzab (bahasa Arab: غزوةالاحزاب) atau Perang Khandaq (Arab: غزوةالخندق) ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun 5 Hijrah bersamaan 627 Masihi. Dinamakan Perang Ahzab kerana perang ini menghimpunkan banyak suku kaum yang telah bersekutu (Ahzab) untuk menyerang orang Islam di Madinah. Dinamakan juga Perang Khandak (parit) kerana tentera Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah untuk menghalang tentera musuh dari menceroboh dan menyerang Madinah. Dengan bantuan Allah, tentera Islam telah mendapat kemenangan walaupun jumlah gabungan tentera Mekah amat besar. Perang ini ada diceritakan dalam al-Qur'an di dalam Surah Al-Ahzab.
Didahului oleh: Perang Uhud |
Pertempuran Muslim Year: 627 M |
Diikuti oleh: Perang Khaibar |