Parti Gerakan Rakyat Malaysia
From Wikipedia
Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) (bahasa Inggeris:Malaysian People's Movement Party) ialah sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan pada 24 Mac 1968 oleh beberapa ahli intelek sebagai cabang Parti Buruh yang tidak wujud lagi. Antara pengasasnya ialah Lim Keng Yaik, Lim Chong Eu, dan Syed Hussein Alatas. Sebuah parti liberalisme, GERAKAN ialah salah satu ahli Majlis Liberal dan Demokrat Asia serta ahli dalam parti campuran Barisan Nasional.
Parti ini mempunyai 140 bahagian dan 1,200 cawangan di Semenanjung Malaysia. Presidennya ialah Lim Keng Yaik, manakala Setiausaha Agungnya ialah Chia Kwang Chye.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Pilihan raya umum 1969
GERAKAN adalah sebuah parti politik yang amat aktif di Pulau Pinang dan sejak Pilihan Raya Umum pada tahun 1969, telah memerintah negeri tersebut.
GERAKAN agak berjaya dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1969 ketika parti ini berkempen atas manisfesto keadilan sosial dan pengurangan atau penghapusan hak-hak istimewa Bumiputera yang digariskan dalam Fasa 153 Perlembagaan Malaysia. Parti ini kemudian mengadakan perhimpunan kemenangan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Malangnya, perhimpunan itu menyimpang daripada laluan yang dirancangkan masuk ke kawasan-kawasan Melayu di bandar raya itu dan ahli-ahli partinya mengejek orang-orang Melayu di sana.
Walaupun parti itu meminta maaf pada hari berikut, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang merupakan parti komponen utama dalam kerajaan campuran Parti Perikatan, mengadakan sebuah perhimpunan balas. Perhimpunan itu dengan cepatnya merosot menjadi rusuhan ketika penyerta-penyerta Melayu membunuh pemandu-pemandu motosikal Cina yang lalu. Sekurang-kurang 180 orang dibunuh dalam rusuhan-rusuhan yang menyusul (walaupun anggaran-anggaran lain adalah lebih tinggi). Oleh itu, satu keadaan darurat diisytiharkan dan Parlimen dibubarkan sehingga tahun 1971. GERAKAN menyertai Barisan Nasional pada tahun 1972.
[Sunting] Cabaran jawatan Presiden
Pada 27 Ogos 2005, GERAKAN mengadakan pemilihan parti yang melihatkan jawatan Presiden yang dipegang oleh Dr. Lim Keng Yaik dicabarkan oleh timbalannya, Kerk Choo Ting. Dr Lim mengekalkan jawatannya selepas memenangi 983 undi lawan 628 undi yang diperoleh oleh Kerk. Kini, Dr Koh Tsu Koon ialah Timbalan Presiden yang baru, satu jawatan yang beliau memenangi tanpa bertanding selepas hari pencalonan pemilihan parti.
[Sunting] Cadangan Gabungan dengan PPP
Pada bulan November, 2006, presiden Parti Progresif Rakyat M. Kayveas, dalam mesyuarat parti di Pahang, telah mencadangkan parti beliau untuk bergabung dengan Parti Gerakan. Lim Keng Yaik telah menyambut baik cadangan tersebut.
[Sunting] Rujukan
[Sunting] Laman rasmi
Parti-parti politik di Malaysia | |
Barisan Nasional:
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Persatuan Cina Malaysia (MCA) | Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) | Kongres India Se-Malaysia (MIC) | Parti Progresif Rakyat (PPP) | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) | Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) | Sabah Progressive Party (SAPP) | United Sabah Party (PBS) | Parti Liberal Demokratik (Sabah) (LDP) | United Sabah People's Party (PBRS) | Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) | Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) | Sarawak People's Party (PRS) |
|
Barisan_Alternatif:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
|
Parti-parti lain:
Parti Tindakan Demokratik (DAP) | Malaysian People's Party (PRM) | Malaysian Workers' Party (PPM) | Malaysian Dayak Congress (MDC) | Pan Malaysian Islamic Front (BERJASA) | Sarawak National Party (SNAP) | Malaysian Indian Muslim Congress (KIMMA) | United Pasok Nunukragang National Organization (PASOK) | Community Coalition Congress (CCC) | Federated Sabah People's Front (BERSEKUTU) | United Democratic Sabah People's Power Party (SETIA) | State Reform Party (STAR) | Malaysian People's Justice Front (AKIM) | Malaysian Democratic Party (MDP) | All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF) | Punjabi Party of Malaysia (PPM) | Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) | Socialist Party of Malaysia (PSM) |