Maya Karin
From Wikipedia
Maya Karin (nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, dilahirkan pada 29 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon dan penyanyi di Malaysia.
Dilahirkan kepada Gottfried Roelcke yang berasal dari Jerman, dan Che Zan dari Pulau Pinang, Maya berdarah campuran Jerman-Melayu. Beliau merupakan anak sulung di antara tiga beradik dan memperoleh pendidikan terakhirnya di Institut Lim Kok Wing dalam bidang media dan pemasaran.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Kerjaya
[Sunting] Pembabitan dalam bidang perfileman
Di antara filem lakonan Maya termasuklah Sri Dewi Malam, Mr Cinderella 2, Tujuh Perhentian, Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) dan terbaru menjayakan penggambaran Pontianak Harun Sundal Malam 2 (PHSM2). Siri televisyen yang mengangkat nama Maya sebagai pengacara ialah Wavelength (TV3), Ratu Sehari (Astro Ria), Channel V (saluran 72, Astro) dan terbaru ialah "Beauty Secret From The East" (TV3).
[Sunting] Pembabitan dalam bidang permodelan
Maya turut menjadi buruan produk atau jenama terkemuka sebagai model komersial TV mahupun jurucakap mereka. Antaranya ialah Pantene, Wella, Halle, dan Yishion (bersama Hans Isaac).
[Sunting] Kejayaan
Anugerah pertama yang digenggam Maya ialah trofi "Artis Baru Popular" pada "Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001" (ABPBH2001) di Genting Highlands, Pahang.
[Sunting] Hasil karya
[Sunting] Filem
- No Problem (19 Julai 2001): berlakon bersama Opie Zamie dan Danny X-factor
- Pontianak Harum Sundal Malam(20 Mei 2004): berlakon bersama Azri Iskandar dan Rosyam Nor.
- Pontianak Harum Sundal Malam II
[Sunting] Lagu
- Erti Cinta
[Sunting] Anugerah
- Pelakon Wanita Terbaik dalam "Pesta Filem Asia Pasifik ke-49", 2004 di Fukuoka, Jepun