Koridor Raya Multimedia
From Wikipedia
Koridor Raya Multimedia yang terletaknya di Kuala Lumpur merupakan sebidang zon yang ditandakan oleh kerajaan untuk memecutkan Malaysia ke arah teknologi maklumat. Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.
Dengan ukuran kira-kira 15 kilometer lebarnya dan 50 kilometer panjangnya, yakni seluas 750 kilometer persegi, zon ini terbentang dari Menara Kembar Petronas di utara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di selatan dan merangkumi bandar-bandar Putrajaya and Cyberjaya.
Juga dikenali sebagai "MSC" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan lain seperti internet yang laju dan lokasinya yang berkedekatan dengan lapangan terbang antarabangsa.
Lawatan Dr Mahathir ke Amerika Syarikat pada Januari 1997 untuk mempromosi MSC kepada syarikat-syarikat di sana telah berjaya menarik minat banyak syarikat gergasi teknologi maklumat. Pada lawatan itu, sebuah "Panel Penasihat Antarabangsa" yang terdiri daripada 30 orang ahli teknologi maklumat telah ditubuhkan untuk bertukar pendapat terhadap kejayaan MSC.
Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation) juga ditubuhkan semata-mata untuk menyelia perkembangan MSC.
[Sunting] Pautan luar
http://www.geocities.com/CapitolHill/6954/Msc.htm Analisis terhadap Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia oleh Wong Hon Wai]]