Kongres India Se-Malaysia
From Wikipedia
Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
Kongres India Se-Malaysia atau Malaysian Indian Congress (MIC) merupakan salah satu parti politik Malaysia.
[Sunting] Sejarah
Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1946.
MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh. Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti Presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatarbelakangkan pengamal undang- undang.
Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.
Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.
MIC menyertai Parti Perikatan, yang pada masa itu terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding di pilihanraya umum pada tahun 1955. MIC juga merupakan parti komponen utama dalam Barisan Nasional.
Kini (tahun 2006), Presiden MIC merupakan Datuk Seri S.Samy Vellu, yang berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya dalam kabinet Malaysia.
[Sunting] Presiden MIC
- Mr. John A. Thivy (1946-1947)
- Mr. Budh Singh (1947-1950)
- Mr. K.Ramanathan (1950-1951)
- Mr. K. L. Devaser (1951-1955)
- Tun V.T Sambanthan (1955-1973)
- Tan Sri Dato V. Manikavasagam (1973-1979)
- Dato Seri S. Samy Vellu (1979-kini)
[Sunting] Pautan Luar
Parti-parti politik di Malaysia | |
Barisan Nasional:
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Persatuan Cina Malaysia (MCA) | Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) | Kongres India Se-Malaysia (MIC) | Parti Progresif Rakyat (PPP) | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) | Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) | Sabah Progressive Party (SAPP) | United Sabah Party (PBS) | Parti Liberal Demokratik (Sabah) (LDP) | United Sabah People's Party (PBRS) | Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) | Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) | Sarawak People's Party (PRS) |
|
Barisan_Alternatif:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
|
Parti-parti lain:
Parti Tindakan Demokratik (DAP) | Malaysian People's Party (PRM) | Malaysian Workers' Party (PPM) | Malaysian Dayak Congress (MDC) | Pan Malaysian Islamic Front (BERJASA) | Sarawak National Party (SNAP) | Malaysian Indian Muslim Congress (KIMMA) | United Pasok Nunukragang National Organization (PASOK) | Community Coalition Congress (CCC) | Federated Sabah People's Front (BERSEKUTU) | United Democratic Sabah People's Power Party (SETIA) | State Reform Party (STAR) | Malaysian People's Justice Front (AKIM) | Malaysian Democratic Party (MDP) | All Malaysian Indian Progressive Front (AMIPF) | Punjabi Party of Malaysia (PPM) | Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) | Socialist Party of Malaysia (PSM) |