Wikipedia:Jangan menciplak rencana Wikipedia Indonesia
From Wikipedia
|
|
Menciplak bermaksud menyalin sesuatu karya ataupun karangan secara bulat-bulat. Pada lazimnya, perbuatan ini lebih dikenali sebagai cut and paste. Daripada amalan ciplak ini, dua karya yang 100% sama akan muncul dalam dua tempat yang berbeza.
Amalan memasukan rencana ciplak dari Wikipedia Indonesiake dalam wikipedia bahasa Malayu merupakan satu perbuatan yang rosak kerana ia akan menyebabkan Wikipedia bahasa Malayu menjadi klon bagi wikipedia indonesia, sekiranya ia dijalankan secara berpanjangan.
Pengwujudan dua ensiklopedia yang homogen di internet tidak akan memberi apa-apa manfaat tambahan kepada pembaca. Ia merupakan satu pembaziran ruang internet. Sebaliknya, pengwujudan dua ensiklopedia yang membawa isi yang berbeza sudah tentu akan memberi lebih manfaat kepada pembaca, khususnya apabila kita sedang menghadapi kekurangan bahan rujukan dalam bahasa Nusantara di internet.
[Sunting] Teg kemaskini bahasa
Jika anda menemui bahasa Indonesia dalam mana-mana rencana, anda boleh bertindak meletakkan teg kemaskini dalam bahasa Melayu sebagaimana dibawah untuk pengkemaskinian oleh mana-mana penutur Melayu yang fasih kemudian.
Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu. Anda boleh membantu mengemaskinikannya. |
Untuk meletakkan teg, taip {{BM}}
[Sunting] Nota
Garis panduan ini berkuatkuasa keatas rencana yang diciplak atau ditulis dalam bahasa Indonesia sahaja dan tidak boleh digunakan untuk penguatkuasaan keatas rencana bahasa asing lain.