Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Empat puluh tujuh Ronin - Wikipedia

Empat puluh tujuh Ronin

From Wikipedia

Kubur 47 Ronin di Sengakuji
Besarkan
Kubur 47 Ronin di Sengakuji

Cerita Empat Puluh Tujuh Ronin (atau Empat Puluh Tujuh Samurai, 赤穂浪士 juga dikenali sebagai dendam Akō ) adalah salah satu asal tipikal bagi semua cerita Jepun; ia digambarkan oleh salah seorang terpelajar Jepun yang terkenal sebagai "Lagenda kebangsaan Jepun" [1]. Ia menceritakan kes paling terkemuka kod maruah samurai, bushido, dan memberi sebahagian besar gambaran jelas pandangan dunia traditional Jepun.

Secara ringkas, sekumpulan samurai menjadi tidak bertuan apabila tuan mereka dipaksa melakukan seppuku (istiadat bunuh diri) kerana menyerang pegawai istana, selepas dihina olehnya. Mereka membalas dendam dengan membunuh pegawai istana tersebut, selepas menunggu dan merancang dengan sabar selama lebih dari satu tahun. Selepas itu, mereka terpaksa melakukan seppuku kerana melakukan jenayah pembunuhan, sebagaimana yang diketahui mereka akan terjadi —cerita mengenai maruah dalam melaksanakan tugas seseorang, terutamanya terhadap ketua yang dihormati.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Kejadian sebenar

Nota: Cerita ini dipopularkan dalam banyak pementasan termasuk bunraku dan kabuki; dalam pementasan, disebabkan undang-undang penapisan shogunate yang melarang pementasan kejadian semasa, nama-nama telah ditukarkan. Nama yang diberikan di bawah merupakan nama sebenar.

Lebih lanjut lagi, pementasan ini adalah dramatik, tanpa usaha menurut ketepatan sejarah, dan yang paling popular (Chushingura) mengambil beberapa kebebasan menubah kejadian sebenar. Sementara dalam versi yang diberikan oleh playwrights mungkin diambil sebagai fakta sejarah oleh sesetengah orang, Chushingura ditulis sekitar 50 tahun selepas kejadian, dan banyak rekod sejarah mengenai kejadian sebenar yang ditulis sebelum Chushingura masih ada. Sementara sumber berbeza mengenai keadaan terperinci, versi yang diberikan di bawah dihimpun dengan teliti dari sebahagian besar sumber sejarah, termasuk kenyataan saksi penuh berkenaan beberapa bahagian saga ini.

[Sunting] Latar belakang kejadian

Pada 1701, dua orang daimyo, Asano Takumi-no-Kami Naganori, daimyo muda Akō (a small fiefdom or han di barat Honshu), dan Kamei Sama, diperintah untuk mengatur majlis keraian yang bersesuaian bagi wakil Maharaja Higashiyama Jepun di Edo, semasa berkhidmat dalam meraikan sankin kotai bagi pihak Shogun.

Mereka diberikan panduan mengenai etika istana oleh Kira Kozuke-no-Suke Yoshinaka, pegawai berkuasa dalam hierarkhi shogunate Tokugawa Tsunayoshi. Dia menjadi marah terhadap mereka, kononnya kerana hadiah kecil yang mereka berikan (saguhati tradisi untuk pengajar seumpamanya), atau kerana mereka tidak memberikan rasuah sebagaimana yang dia mahu. Sumber lain menyatakan bahawa dia secara seorang yang semulajadi kasar dan bongkak, atau Kira mengambil rasuah, yang dibenci oleh Asano, pengikut moral Konfucian yang taat. Walau bagaimanapun, dia melayan mereka dengan buruk, menghina mereka dan mengabaikan tugas mengajar mereka dengan betul.

Ketika Asano menerima semua ini dengan tabah, Kamei Sama menjadi marah dan bersedia untuk membunuh Kira bagi membalas penghinaan. Bagaimanapun, penasihat Kamei Sama mengelak bencana bagi tuan dan puak mereka (kerana semua akan dihukum sekiranya Kamei Sama membunuh Kira) dengan secara senyap-senyap memberikan Kira rasuah yang besar; Kira dengan itu mula melayan Kamei Sama dengan baik, yang menenangkan kemarahannya.

Bagaimanapun, Kira terus melayan Asano dengan teruk, kerana dia marah Asano tidak mengikuti temannya; Kira mengejek dan menghinanya dikhayalak ramai. Akhirnya, Kira menghina Asano sebagai budak kampung country boor tanpa adat, dan Asano tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia hilang sabar, dan menyerang Kira dengan pisau, tetapi hanya melukakannya dimuka dengan serangan pertama; serangan kedua tersasar dan mengenai tiang. Pengawal kemudiannya memisahkan mereka berdua.

Kecederaan Kira tidak serious, tetapi serangan terhadap pegawai shogunate dalam kawasan istana Edo, kediaman Shogun, adalah kesalahan besar; sebarang keganasan, walaupun menghunus pedang, dilarang sama sekali di sana. (Sesetengah sumber menyatakan kesalahan Asano adalah dia merosakkan pintu gelunsur emas apabila dia melontar wakizashinya pada Kira.) Dengan itu Asano diperintah melakukan seppuku pada hari yang sama, harta dan tanahnya dirampas selepas kematiannya, keluarganya disingkir, dan pengikutnya menjadi ronin.

Berita tersebut dihantar kepada Ōishi Kuranosuke Yoshio, penasihat utama Asano, yang bertindak mengambil alih dan memindahkan keluarga Asano keluar, sebelum menyerahkan istana tersebut kepada wakil kerajaan.

[Sunting] Ronin merancang balas dendam

Dua dari yang paling berani dari Empat-Puluh Ronin: Horibe Yahei dan anak angkat lelakinya, Horibe Yasubei
Besarkan
Dua dari yang paling berani dari Empat-Puluh Ronin: Horibe Yahei dan anak angkat lelakinya, Horibe Yasubei

Dari tiga ratus orang pengikut Asano, empat-puluh (sesetengah sumber menyatakan terdapat lebih dari lima puluh, pada asalnya) -- dan terutamanya ketua mereka Ōishi -- enggan membiarkan kematian ketua mereka tanpa pembelaan, walaupun pembelaan telah dilarang dalam kes ini. Mereka berkumpul bersama-sama, bersumpah secara rahsia untuk membalas dendam keatas kematian tuan mereka dengan membunuh Kira, walaupun mereka mengetahui bahawa mereka akan menerima hukuman berat kerana melakukannya.

Bagaimanapun, Kira telah dikawal dengan rapi, dan tempat kediamannya diperkukuhkan, untuk mengelakkan kejadian seumpama itu. Mereka menyedari bahawa mereka perlu melekakan Kira sebelum berjaya. Untuk mengelakkan disyaki oleh Kira dan pihak berkuasa shogunate yang lain, mereka bersurai dan menjadi pedagang atau sami. Ōishi sendiri menetap di di Kyoto, dan mula mengunjungi rumah pelacuran dan tempat minum, seolah-olah niat membalas dendam tidak terlintas dihatinya. Kira masih bimbangkan perangkap menghantar perisik untuk memerhati bekas pengikut Asano.

Suatu hari, ketika Ōishi pulang dalam keadaan mabuk dari tempat biasa, dia jatuh ditengah jalan dan tertidur, dan semua orang yang lalu lalang mentertawakannya. Seorang pengikut Satsuma, yang lalu, menjadi marah dengan perbuatan ini sebagai seorang samurai - kedua-duanya kerana ketiadaan keberaniannya membalas dendam bagi pihak ketuanya, dan juga tingkah-lakunya sekarang. Pengikut Satsuma itu menghina dan memukulnya, dan menendangnya pada muka (untuk menyentuk muka samurai adalah penghinaan, apa lagi memukulnya), dan meludah padanya.

Tidal lama selepas itu, isteri Ōishi's yang taat selama dua puluh tahun pergi kepadanya dan mengadu bahawa dia kelihatan bertindak melampau. Dia menceraikan isterinya di situ juga dan menghantar bekas isterinya pergi bersama dua orang anak mereka yang lebih muda; yang paling tua, anak lelaki, Chikara, kekal dengan bapanya. Bagi menggantikan isterinya, dia mengambil gundik muda yang cantik.

Agen Kira melapurkan semua ini pada Kira, yang menjadi yakin bahawa dia selamat daripada pengikut Asano, yang sememangnya samurai yang teruk, takut untuk membalas dendam bagi tuan mereka, dan tidak merbahaya; ini menjadikannya leka.

Pengikut taat yang lain berkumpul di Edo, dan dalam peranan mereka sebagai pekerja dan pedagang, dapat masuk kedalam rumah Kira, menjadi biasa dengan kedudukan rumah, dan penghuni di dalamnya. Salah seorang pengikutnya bertindak sejauh sehingga mengahwini anak pembina rumah, untuk mendapatkan pelan. Kesemua ini dilapurkan kepada Ōishi. Yang lain mengumpul senjata dan menghantar secara rahsia ke Edo, satu lagi kesalahan.

[Sunting] Serangan

Serangan ronin pada pintu pagar utama mahligai Kira
Besarkan
Serangan ronin pada pintu pagar utama mahligai Kira

Pada tahun 1702, apabila Ōishi yakin bahawa Kira benar-benar leka, dan semuanya telah bersedia, dia lari dari Kyoto, mengelakkan pengitip yang memerhatikannya, dan seluruh kumpulan tersebut berkumpul di tempat perjumpaan rahsia di Edo, dan memperbaharui sumpah mereka.

Pada awal pagi 15 Disember, dalam angin kuat semasa salji lebat, Ōishi dan anggota ronin menyerang mahligai Kira Yoshinaka di Edo. Menurut pelan yang dirancang rapi, mereka berpecah kepada dua kumpulan dan menyerang dengan pedang dan panah. Satu kumpulan, diketuai oleh Ōishi, akan menyerang pintu pagar utama; yang lain, diketuai oleh anaknya, Ōishi Chikara, akan menyerang melalui pintu belakang. Dram akan dibunyikan bagi memulakan serangan secara serentak, dan bunyi wisel akan menandakan bahawa Kira telah mati.

Apabila dia telah mati, mereka merancang untuk memotong kepalanya, dan meletakkannya sebagai persembahan di atas kubur tuan mereka.. Mereka pula akan menyerah diri, dan menantikan apa yang diagakkan sebagai hukuman mati. Semua ini telah disahkan pada majlis makan malam terakhir, di mana Ōishi meminta mereka agar berhati-hati, dan tidak membunuh wanita, kanak-kanak, dan orang tang tidak berdaya lain.

Ōishi menyuruh empat orang memanjat pagar dan ,asuk ke bilik porter, menangkap dan mengikat pengawal di sana. Dia kemudian menghantar utusan kerumah disekeliling, menjelaskan bahawa mereka bukannya perompak, tetapi pengikut yang membalas dendam bagi tuan mereka, dan tiada kecederaan akan berlaku kepada orang lain; mereka semua adalah selamat. Jiran-jiran yang bencikan Kira, tidak berbuat apa-apa.

Selepas meletakkan pemanah (sesetengah di atas atap), bagi menghalang mereka di dalam rumah (yang masih belum sedar) daripada pergi meminta bantuan, Ōishi membunyikan dram untuk memulakan serangan. Sepuluh pengikut Kira menghalang pasukan yang menyerang dari hadapan, tetapi pasukan Ōishi Chikara's memecah masuk kebelakang rumah.

Ketakutan, Kira menyorok dalam almari dianjung verandah, bersama isteri dan pembantu perempuan. Pengiringnya yang lain, yang tidur di berek luar, cuba memasuki rumahnya untuk memberikan bantuan. Setelah mengalahkan mereka yang bertahan dihadapan rumah, kedua pasukan ayah dan anak berkumpul, dan berjuang dengan pengiring Kira yang masuk. Pengiring Kira merasakan mereka kalah, cuba mendapatkan bantuan, tetapi penghantar pesanan mereka dibunuh oleh pemanah yang telahpun bersedia menunggu.

Akhirnya, selepas pertempuran sengit, pengikut Kira terakhir ditewaskan; ketika melakukannya mereka membunuh enambelas pengikut Kira dan mencederakan dua puluh dua, termasuk cucunya. Bagaimanapun, mereka gagal menjumpai Kira. Mereka mengelidah rumah tersebut, tetapi apa yang mereka jumpai hanyalah wanita dan kanak-kanak yang menangis. Mereka mula merasa kecewa, tetapi but Ōishi memeriksa katik Kira, dan mendapati ianya masih panas, dengan itu dia mengetahui bahawa Kira pasti berada dekat situ.

[Sunting] Kematian Kira

Pencarian baru mendapati laluan ke laman rahsia tersorok dibelakang tabir scroll besar; laman tersebut mengandungi bangunan kecil untuk menyimpan arang dan kayu memasak, di mana dua orang pengikut Kira yang bersenjata sedang menyorok ditewaskan dan dibunuh. Pengeledahan bangunan menjumpai seorang lelaki bersembunyi; dia menyerang mereka dengan pisau tetapi ditumpaskan dengan mudah.

Dia enggan menyatakan namanya, tetapi pencari pasti dia adalah Kira, dan membunyikan wisel. Para ronin berkumpul, dan Ōishi, dengan tanglung, melihat bahawa ia memang benar Kira - sebagai bukti terakhir, pada bahagian kepalanya terdapat parut dari serangan Asano.

Dengan itu, Ōishi melutut, dan kerana menghormati pangkat tinggi Kira, dengan hormatnya memberitahu Kira bahawa mereka adalah pengiring Asano, yang datang untuk membalas dendam baginya sebagaimana yang akan dilakukan seorang samurai sebenar, dan mengajak Kira agar mati sebagai samurai sebenar, dengan membunuh dirinya sendiri. Ōishi memberi isyarat bahawa dia sendiri akan bertindak sebagai orang kedua, dan menawarkannya pisau yang sama yang digunakan oleh Asano untuk membunuh dirinya.

Bagaimanapun, walau bagaimana carapun mereka memintanya, Kira hanya mampu duduk bertinggung, membisu dan mengeletar. Akhirnya, setelah memutuskan bahawa ianya tidak berguna untuk merayu, Ōishi memerintah para ronin memegangnya ke bawah, dan membunuhnya dengan memotong kepalanya dengan pisau. Mereka kemudiannya memadamkan semua lampu dan api di dalam rumah (bagi mengelakkan rumah tersebut terbakar, atau memulakan kebakaran yang mampu melarat ke rumah jiran Kira), sebelum pergi, membawa bersama kepala Kira. Salah seorang ronin, yang paling muda, diperintahkan untuk pergi ke Akō untuk memberitahu mereka bahawa dendam mereka sudah terbalas.

[Sunting] Selepasnya

Dalam perjalanan kembali ke Sengakuji, ronin ditahan ditengah jalan dan diajak berehat dan minum.
Besarkan
Dalam perjalanan kembali ke Sengakuji, ronin ditahan ditengah jalan dan diajak berehat dan minum.

Kerana hari semakin siang, dengan cepat mereka membawa kepala Kira ke kubur tuan mereka di kuil Sengaku-ji, menyebabkan kekecohan ditengah jalan. Berita tersebut tersebar dengan pantasnya, dan semua orang ditengah perjalanan mereka memuji mereka, dan menawarkan makanan dan minuman.

Apabila sampai ke kuil, baki empat puluh enam ronin membasuh dan membersihkan kepala Kira di telaga, dan pisau yang digunakan dihadapan kubur Asano. Mereka kemudian bersembahyang di kuil, dan memberikan ketua kuil abbot kesemua wang yang mereka ada, memintanya mengkebumikan mereka dengan baik, dan bersembahyang bagi mereka. Mereka kemudian menyerah diri; kumpulan tersebut dipecahkan kepada empat kumpulan dan diletakkan dibawah kawalan empat daimyos berlainan.

Semasa itu, dua rakan Kira datang untuk menuntut kepalanya untuk dikebumikan; resit asal untuk pelepasan kepala tersebut masih tersimpan di kuil tersebut, yang ditanda tangani oleh sami dan kawan Kira.

Pegawai-pegawai shogunate berada di dalam keadaan serba salah. Para samurai tersebut telah mematuhi prinsip precepts bushido (dengan membalas dendam ke atas kematian tuan mereka) tetapi pada masa yang sama mengingkari kuasa shogunate (kerana membalas dendam walaupun setelah dikenakan larangan). Tambahan lagi, Shogun menerima banyak petition bagi pihak ronin dari penduduk yang kagum dengan ketaatan dan keberanian mereka. Bagaimanapun, seperti yang dijangka, mereka tetap dihukum mati, tetapi Shogun menyelesaikan permasalahan tersebut dengan memerintah mereka melakukan seppuku dengan hormat, dan bukannya dihukum bunuh seperti pesalah biasa.

Keempat puluh ronin melakukannya pada 4 February 1703. (Ini telah menimbulkan kekeliruan semenjak itu, kerana sesetengah pihak merujuk kepada "empat-puluh enam ronin"; ini merujuk kepada kumpulan yang dihukum bunuh oleh Shogun, kumpulan penyerang sebenar berjumlah empat puluh tujuh.) Mereka juga dikebumikan di kuil Sengaku-ji, sebagaimana permintaan mereka, dihadapan kubur tuan mereka. Ronin ke empat puluh tujuh akhirnya kembali dari misinya, tetapi dia diampunkan oleh Shogun (sesetengah pihak menyatakan ini disebabkan oleh umur remajanya). Dia hidup sehingga berusia tujuh puluh lapan, dan kemudian dikebumikan bersama rakan-rakannya.

Pakaian dan senjata mereka masih tersimpan di kuil tersebut sehingga hari ini, bersama dengan dram dan wisel; perisai semuanya buatan sendiri, kerana mereka tidak mahu menimbulkan sebarang rasa syak dengan membelinya.

Kubur tersebut menjadi tempat yang dihormati, dan orang ramai berkunjung kesana untuk membuat persembahan. Salah seorang yang datang termasuk pengikut Satsuma, yang sama yang mengejek dan meludah ke atas Ōishi ketika dia terbaring mabuk dijalanan. Bercakap kepada kubur, dia memohon kemaafan keatas tindakannya, dan kerana memikirkan bahawa Ōishi bukannya samurai sejati. Dia kemudian membunuh diri di situ juga, dan dikebumikan bersebelahan dengan perkuburan ronin.

[Sunting] Penubuhan semula ketuanan Asano

Walaupun tindakan ini sering dilihat sebagai tindakan ketaatan, terdapat matlamat kedua, menubuhkan kembali ketuannan Asano dan mendapatkan tempat berkhidmat bagi sesama samurai. Beratus-ratus samurai yang pernah berkhidmat di bawah Asano telah kehilangan kerja dan ramai yang gagal mendapatkan kerja kerana mereka pernah berkhidmat dengan keluarga yang terhina. Ramai yang hidup sebagai petani atau kerja sampingan untuk terus hidup. Tindakan 47 ronin membersihkan arang yang tercalit dimuka dan ramai dari samurai yang tidak bekerja mendapat tawaran kerja sejurus ronin tersebut dihukum mati dengan hormat. Anak sulung Asano dibenarkan oleh Shogunate Tokugawa untuk menubuhkan kembali namanya, walaupun jajahannya dikurangkan kepada satu per sepuluh dari jajahan asal.

[Sunting] Empat puluh tujuh Ronin dalam sastera

Sebagaimana yang disangka, tragedi Empat Puluh Ronin telah menjadi tema paling popular dalam kesenian Jepun, dan masa kini mula menembusi kesenian Barat.

Sejurus selepas peristiwa itu, terdapat perasaan bercampur-campur dikalangan bijak pandai mengenai samaada dendam sebegitu adalah sesuai -- ramai bersetuju bahawa, kerana memenuhi permintaan terakhir tuan mereka, keempat puluh Ronin melakukan perkara yang betul, tetapi gagal memutuskan samaada permintaan dendam sebegitu adalah sesuai. Beransur-ansur, cerita tersebut menjadi simbol ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada tuan, dan kemudiannya, kesetiaan kepada Maharaja. Apabila ini terjadi, ia berkembang sebagai tajuk drama, penceritaan, dan kesenian visual.

[Sunting] Pementasan

Kejadian ini serta merta mencetuskan pementasan kabuki dan bunraku berturut-turut; yang pertama, Serangan Malam di waktu Subuh oleh Soga muncul hanya dua minggu selepas mereka mati. Ia ditutup oleh pihak berkuasa, tetapi yang lain turut serta, pada awalnya tertumpu di Osaka dan Kyoto, lebih jauh dari ibu negeri.

Yang paling berjaya antara mereka adalah pementasan boneka bunraku yang dikenali sebagai Kanadehon Chushingura (masa kini dipanggil Chushingura, atau "Perbendaharaan Pengikut Setia"), ditulis pada 1748 oleh Takeda Izumo dan dua rakan; ia kemudian diterimapakai sebagai pementasan kabuki, yang masih merupakan paling polular di Jepun.

Dalam pementasan, bagi mengelakkan perhatian pihak penapisan, kejadian itu dipindahkan kezaman silam, pada abad ke 14 pada masa pemerintahan shogun Ashikaga Takauji. Asano ditukar menjadi Enya Hangan Takasada, Kira menjadi Ko no Moronao dan Ōishi ditukar sedikit sahaja menjadi Ōboshi Yuranosuke Yoshio; nama ronin yang lain ditukarkan serba sedikit menjadi lain. Pementasan ini mengandungi beberapa perkembangan plot yang tidak menggambarkan cerita sebenar: Moronao cuba menggoda isteri Enya, dan salah seorang ronin mati sebelum serangan kerana petelingkahan antara keluarga dan ketaatan perwira (satu lagi punca kekeliruan antara "empat puluh enam" dan "empat puluh tujuh").

Pementasan ini telah dijadikan filem sebanyak enam kali, dengan versi 1962 paling terkenal dikalangan penonton Barat, dimana Toshiro Mifune muncul dalam peranan penyokong.

[Sunting] Cetakan blok kayu

[Sunting] Bacaan lanjut

  • A. B. Mitford (Lord Redesdale), Tales of Old Japan (1871; reprinted Charles E. Tuttle, 1982) - a classic even without story of the Ronin
  • John Allyn, The Forty-Seven Ronin Story (Charles E. Tuttle, 1981)
  • Hiroaki Sato, Legends of the Samurai (Overlook Press, 1995) - contains a number of original documents, including a fascinating account by an eyewitness to the arrest, trial and execution of Asano
  • William Theodore De Bary, Donald Keene, Ryusaku Tsunoda, "Sources of Japanese Tradition" (Columbia University, 1960), 2d Ed., Chapter 31
  • Frederick V. Dickens, Chushingura, or The Loyal League (1876; reprinted Glasgow, 1930)
  • Donald Keene, Chushingura: A Puppet Play (Columbia University, 1971)
  • Basil Steward, Subjects Portrayed in Japanese Colour-Prints (1922, reprinted Dover, 1979) - has seven chapters on the history of the depiction of the Ronin in prints
  • B. W. Robinson, Kuniyoshi: The Warrior Prints (Cornell University, 1982) - lists all the Kuniyoshi Ronin prints
  • David R. Weinberg, Alfred H. Marks, Kuniyoshi: The Faithful Samurai (Hotei, Leiden, 2000) - large illustrations of all of Kuniyoshi's most famous Ronin series, along with translations of the lengthy biographical notes on each of the Ronin printed on each print

[Sunting] Pautan luar

  • Chushingura and the Samurai Tradition - Comparisons of the accuracy of accounts by Mitford, Murdoch and others, as well as much other useful material, by a noted scholars of Japan
  • Ako's Forty-Seven Samurai - Web site produced by students at Ako High School; contains the story of the 47 Ronin's story, and images of wooden votive tablets of the 47 Ronin in the Oishi Shrine, Ako
  • Well photos - The well where 47 Ronin washed the head of Kira

[Sunting] Pementasan

Kejadian ini serta merta mencetuskan pementasan kabuki dan bunraku berturut-turut; yang pertama, Serangan Malam di waktu Subuh oleh Soga muncul hanya dua minggu selepas mereka mati. Ia ditutup oleh pihak berkuasa, tetapi yang lain turut serta, pada awalnya tertumpu di Osaka dan Kyoto, lebih jauh dari ibu negeri.

Yang paling berjaya antara mereka adalah pementasan boneka bunraku yang dikenali sebagai Kanadehon Chushingura (masa kini dipanggil Chushingura, atau "Perbendaharaan Pengikut Setia"), ditulis pada 1748 oleh Takeda Izumo dan dua rakan; ia kemudian diterimapakai sebagai pementasan kabuki, yang masih merupakan paling polular di Jepun.

Dalam pementasan, bagi mengelakkan perhatian pihak penapisan, kejadian itu dipindahkan kezaman silam, pada abad ke 14 pada masa pemerintahan shogun Ashikaga Takauji. Asano ditukar menjadi Enya Hangan Takasada, Kira menjadi Ko no Moronao dan Ōishi ditukar sedikit sahaja menjadi Ōboshi Yuranosuke Yoshio; nama ronin yang lain ditukarkan serba sedikit menjadi lain. Pementasan ini mengandungi beberapa perkembangan plot yang tidak menggambarkan cerita sebenar: Moronao cuba menggoda isteri Enya, dan salah seorang ronin mati sebelum serangan kerana petelingkahan antara keluarga dan ketaatan perwira (satu lagi punca kekeliruan antara "empat puluh enam" dan "empat puluh tujuh").

Pementasan ini telah dijadikan filem sebanyak enam kali, dengan versi 1962 paling terkenal dikalangan penonton Barat, dimana Toshiro Mifune muncul dalam peranan penyokong.

[Sunting] Bacaan lanjut

  • A. B. Mitford (Lord Redesdale), Tales of Old Japan (1871; reprinted Charles E. Tuttle, 1982) - a classic even without story of the Ronin
  • John Allyn, The Forty-Seven Ronin Story (Charles E. Tuttle, 1981)
  • Hiroaki Sato, Legends of the Samurai (Overlook Press, 1995) - contains a number of original documents, including a fascinating account by an eyewitness to the arrest, trial and execution of Asano
  • William Theodore De Bary, Donald Keene, Ryusaku Tsunoda, "Sources of Japanese Tradition" (Columbia University, 1960), 2d Ed., Chapter 31
  • Frederick V. Dickens, Chushingura, or The Loyal League (1876; reprinted Glasgow, 1930)
  • Donald Keene, Chushingura: A Puppet Play (Columbia University, 1971)
  • Basil Steward, Subjects Portrayed in Japanese Colour-Prints (1922, reprinted Dover, 1979) - has seven chapters on the history of the depiction of the Ronin in prints
  • B. W. Robinson, Kuniyoshi: The Warrior Prints (Cornell University, 1982) - lists all the Kuniyoshi Ronin prints
  • David R. Weinberg, Alfred H. Marks, Kuniyoshi: The Faithful Samurai (Hotei, Leiden, 2000) - large illustrations of all of Kuniyoshi's most famous Ronin series, along with translations of the lengthy biographical notes on each of the Ronin printed on each print
Bahasa lain

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu