Bachok
From Wikipedia
Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah
Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu. Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam bang and choh. Bang bermaksud kampung dan choh bermaksud jala.
Orang Siam memanggil tempat ini sebagai Bangchoh kerana sumber pendapatan utama bagi penduduk setempat ialah menangkap ikan di laut. Sebutan Bangchoh bertukar menjadi Bachok setelah diserap ke dialek penduduk setempat [1].
Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.
Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.
Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.
Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi [2].
[Sunting] Tempat menarik
[Sunting] Pantai Irama
Pantai Irama menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera Jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia II dahulu. Kesannya masih dapat dilihat dalam bentuk beberapa buah kubu tentera Inggeris yang masih terdapat di situ.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti berikut:
- Gerai makanan laut goreng
- Taman permainan kanak-kanak
- Tandas awam
- Chalet
- Kemudahan pengangkutan awam
- Surau
- Pasar malam (Jumaat) dan pasar tani (Ahad)
[Sunting] Industri perikanan
Industri perikanan di kawasan jajahan Bachok semakin berkembang dengan pembinaan pengkalan perikanan di Pantai Kemasin dan Pantai Tok Bali berikutan projek pembangunan Kemasin-Semerak.
[Sunting] Rujukan
- ↑ Perpustakaan Negara Malaysia
- ↑ http://www.kelantan.gov.my/mdb/panorama.htm 15 September 2006
[Sunting] Pautan luar
|
|
---|---|
Jajahan-Jajahan: Pasir Puteh | Pasir Mas | Tumpat | Bachok | Gua Musang | Jeli | Kota Bharu | Machang | Kuala Krai | Tanah Merah |